Analisis
terhadap iklan politik menjelang pilihan raya mendapati MCA lebih
menjurus kepada serangan terhadap DAP dan PAS serta bertemakan politik
pembangunan sementara iklan DAP pula cenderung menerangkan polisi
mereka.
Pandangan tersebut diutarakan pensyarah pengiklanan Universiti Teknologi Malaysia (UiTM), Suhaimee Saahar yang menganalisis 25 iklan MCA dan DAP dalam akhbar The Star dan Sinar Harian sewaktu tempoh kempen pilihan raya umum yang lalu.
Beliau berkata demikian sewaktu mengulas strategi kempen 'serangan' MCA dan DAP dalam iklan politik mereka.
"Jenis-jenis serangan - MCA lebih menumpukan serangan kepada DAP dan PAS dan ia lebih menumpukan kepada bagaimana PAS menggunakan DAP dan bagaimana DAP menggunakan PAS.
"PAS hanya ada tiga iklan, tidak menyerang tetapi hanya menumpukan kepada kekuatan parti.
"DAP hanya semata-mata menumpukan kepada kekuatan parti. Contohnya apabila Lim Guan Eng kata kami tolak rasuah (dalam iklan).
"Mereka lebih menekankan polisi parti mereka dalam iklan tersebut," kata Suhaimee dalam pembentangannya pada seminar "Media dan pilihan raya umum 2013" di Kuala Lumpur petang ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan