Selasa, 23 Julai 2013

'Doktor panggil saya babi, kata saya bodoh'

 


 
"Saya mengaku saya salah kerana tidak mengambil ubat, tetapi doktor lelaki itu salah kerana mengherdik saya, panggil saya babi dan kata saya bodoh,” kata Hamid Salleh, 66, yang berasal dari Tasek Gelugor di Pulau Pinang.

"Ubat saya habis sebelum dijadualkan, tetapi doktor itu tidak perlu menggelar saya dengan pelbagai nama,” kata Hamid dalam satu sidang media di Penang Golf Resort di Bertam, anjuran ADUN kawasan tersebut.

NONEHamid yang mengidap penjakit jantung, tekanan darah tinggi dan tiroid kelihatan marah ketika bercakap dalam sidang media tersebut.

Katanya, beliau menemui doktor tersebut di Kepala Batas pada Jun dan terkejut dengan layanan yang diterima.

Katanya, beliau juga hendak menumbuk doktor berkenaan tetapi mengawal dirinya dari berbuat demikian.

“Kami berharap doktor tidak akan memarahi pesakit seperti ini. Kami menghormati mereka dan mereka harus menghormati kami,” kata bekas petani tersebut.

Norzawani Zakaria, 28, pula berkata beliau berjumpa seorang doktro di Kepala Batas pada 29 Mei selepas mengalami “sakit kepala terus, muntah-mutah dan kabur penglihatan”.

“Tetapi doktor wanita yang merawat saya berkata ia perkara normal bagi seorang wanita hamil untuk mengalami perkara seperti itu dan memberikan saya Panadol. Saya tahu ia bukan normal dan enggan mengambil ubat tersebut,” kata Norzawani.

NONEBeliau bagaimanapun berkeras agar dimasukkan ke wad namun doktor itu enggan berbuat demikian, katanya.

Wanita berkenaan berkata, beliau yang hamil lima bulan pada masa itu kemudiannya berkunjung ke satu klinik swasta.

“Saya dapati tekanan darah saya adalah 160/110 dan doktor swasta itu memberi rujukan untuk pergi ke hospital semula,” kata kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) itu.

Tiada ulasan: