Rabu, 17 Julai 2013

Dakwa penganjur Black 505 langkah mundur

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Dakwaan ke atas penganjur himpunan Black 505 adalah langkah mundur pentadbiran Barisan Nasional, kata ahli parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

“Pendakwaan yang dibuat menunjukkan komitmen kerajaan untuk memberi hak berhimpun tidak bermakna seperti dijanjikan Perdana Menteri sebelum ini.

“Kerajaan BN cakap tentang reconciliation (perpaduan nasional). Tetapi tindakannya bertentangan dengan apa yang dituturkan,” kata Rafizi pada sidang media di lobi parlimen hari ini.

PC_Rafizi_Loke

Rafizi mengulas pendakwaan ke atas ahli parlimen Seremban, Anthony Loke yang dikatakan melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 dan dikehendaki hadir ke mahkamah majistret Kuala Lumpur 24 Julai ini.

Loke yang dipanggil pagi ini ke IPD Dang Wangi untuk memberi keterangan sebagai saksi siasatan kes himpunan Black 505 kemudiannya diserahkan saman kerana dikatakan melanggar Seksyen 15(3) Akta Perhimpunan Aman.

Beliau dituduh tidak mendapatkan kebenaran pemilik Padang Merbok, iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk himpunan Black 5050 seperti diminta Ketua Polis Darah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad.

Loke turut menghadapi pertuduhan pilihan kerana gagal mengemukakan notis 10 hari sebelum himpunan Black 505 dibuat.

Turut dipanggil hari ini ke IPD Dang Wangi ialah staf Sekretariat Pakatan Rakyat, Adib Ishar yang merupakan wakil penganjur himpunan Black 505.

“Tindakan dan keputusan yang diambil Menteri Dalam Negeri banyak dipersoalkan sejak akhir-akhir ini,” kata Rafizi.

“Jelas ini pendakwaan terpilih atas arahan politik,” tegasnya.

Tiada ulasan: