Jumaat, 19 Julai 2013

Black 505: MP, kakitangan Pakatan akan didakwa

 


 
Dua pemimpin pembangkang dan seorang kakitangan pejabat Pakatan Rakyat akan didakwa bawah Akta Perhimpunan Aman (PAA) ekoran peranan mereka dalam perhimpunan Black 505 di Padang Merbok pada 22 Jun.

Selain Anthony Loke (Seremban) dan Rafizi Ramli (Pandan), kakitangan sekretariat Pakatan Adib Ishar akan turut diheret ke mahkamah.

NONEKetika dihubungi, peguam Latheefa Koya berkata, ketiga-tiga mereka akan hadir di Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada 24 Julai, tetapi sama mereka akan dituduh di mahkamah sesyen atau mahkamah majistret akan dimaklumkan kemudian.

Rafizi, yang kenyataannya dirakamkan di ibu pejabat polis Dang Wangi semalam berkata, pendakwaan dibuat berhubung notis perhimpunan tidak lengkap.

"Mereka (polis) berkata bahawa saya tidak mematuhi syarat PAA kerana menyerahkan notis tanpa memberikan bukti saya mempunyai kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)," katanya kepada Malaysiakini.

Tiada ulasan: