Isnin, 10 Jun 2013

Petisyen PRU: Selangor sedia biaya kos guaman – MB


KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR 10 JUN: Kerajaan Selangor bersedia manampung kos guaman mana-mana pihak yang memfaikan petisyen pilihan raya pada kali ini.

Menurut Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, langkah tersebut diambil bagi memastikan usaha memperbaiki proses demokrasi di negara ini dapat berjalan dengan lebih lancar.
MB
“Mereka yang menyaman di mahkamah, jika betul kita dapati usaha mereka itu munasabah dan kita kerajaan negeri melalui (program) Pendemokrasian, akan beri sumbangan atas kos guaman mereka,” kata Khalid dipetik Selangorku.

Khalid berkata, kerajaan negeri sebelum ini turut menjalin kerjasama dan berkongsi data menerusi Program Pendemokrasian Selangor dengan pihak yang berusaha mengumpul bukti kepincangan pilihan raya.

Data-data tersebut diperolehi menerusi kaji selidik yang dijalankan oleh Unit Pendemokrasian Selangor sebelum PRU 13 berlangsung.

“Kita juga membenarkan data-data itu dianalisa, kerajaan negeri menggalakkan usaha tersebut untuk melahirkan pilihan raya yang adil dan saksama,” ujar beliau lagi.

Sebelum ini, kerajaan negeri melalui geran Selangorku mengambil langkah pengukuhkan demokrasi dengan menyediakan peruntukan berjumlah RM5 juta

Tiada ulasan: