Isnin, 17 Jun 2013

Bekas MT Umno bebas penggantungan

FREE MALAYSIA TODAY

Keputusan membebaskan Datuk Mohamad Norza Zakaria dibuat dalam mesyuarat jawatankuasa pengurusan Umno 29 Mei lalu.



PETALING JAYA: Bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) dan Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Mohamad Norza Zakaria kini bebas daripada sebarang penggantungan sebagai ahli Umno.

Serentak itu,  hak Mohamad Norza sebagai ahli parti telah dikembalikan semula bagi membolehkan beliau memilih, dipilih dan dilantik bagi sebarang jawatan pada perhimpunan Umno akan datang.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Setiausaha Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee dalam satu sidang media khas di Cheras, hari ini.

Syed Ali berkata, keputusan tersebut diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Umno yang bersidang pada 29 Mei 2013 berdasarkan kepada Fasa 6.2.2.

“Di bawah fasa tersebut, Mohamad Norza berkelayakan untuk bertanding sebarang jawatan dalam Umno,” katanya.

Tiada ulasan: