Datuk
Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu pemimpin Umno memberi respons terlebih
dahulu berhubung kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek
menyentuh isu hudud sebelum beliau mengulas pendirian Pengerusi DAP,
Karpal Singh.
Mursyidul Am Pas ini berkata, Soi Lek sebelum ini secara
berterusan menghina hudud dan pernah melabel seorang Ahli Dewan
Undangan Negeri (Adun) Umno dari Johor sebagai “hilang akal” kerana
mencadangkan negeri itu melaksanakan hukum hudud.
“Saya diminta respons tentang kenyataan Karpal Singh tentang isu hudud kebelakangan ini.
“Dalam
akhbar, saya lihat sudah ada beberapa respons daripada pemimpin parti.
Buat masa ini, itu sudah memadai,” kata beliau dalam satu entri ringkas
menerusi laman sosial Facebook hari ini.
Bagaimanapun
menurut beliau, “saya ingin membaca respons pemimpin Umno terlebih
dahulu terhadap kenyataan Presiden MCA yang menyatakan Adun Umno hilang
akal kerana mencadangkan hudud.”
Menteri
Besar Kelantan berkata demikian berhubung laporan terbaru berhubung
pendirian Karpal, yang baru-baru ini berkata akan mengambil tindakan
mahkamah ke atas bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa.
Karpal
dalam mempertahankan pendirian DAP menolak hukum hudud sebelum ini
terlajak kata sehingga cuba merendah dan mempertikaikan keupayaan hukum
hudud dalam mengatasi jenayah.
Beliau dilaporkan berkata hukum hudud bukanlah satu undang-undang yang adil untuk semua pihak kerana hukumnya memerlukan bukti yang 100 peratus tanpa keraguan berbanding undang-undang jenayah sivil sedia ada yang hanya memerlukan bukti tanpa keraguan yang munasabah.
Beliau dilaporkan berkata hukum hudud bukanlah satu undang-undang yang adil untuk semua pihak kerana hukumnya memerlukan bukti yang 100 peratus tanpa keraguan berbanding undang-undang jenayah sivil sedia ada yang hanya memerlukan bukti tanpa keraguan yang munasabah.
Dua bulan
lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat
mengambil langkah berani apabila mencadangkan Johor menjadi negeri
pertama melaksanakan hukum hudud di Malaysia.
Di pihak Pas, mereka menyambut baik dan menyokong penuh cadangan itu bairpun dilaksanakan di negeri di kuasai Umno.
Namun
tindakan Ayub itu mendapat tentangan hebat dari parti komponen BN
sendiri termasuk MCA dan Gerakan yang lantang menolak cadangan itu
sehingga Soi Lek menggelarkan Ayub sebagai hilang akal.
Sehubungan
itu, Nik Aziz berkata, beliau hanya akan memberi respon terhadap
kenyataan Karpal selepas melihat respon Umno terhadap kenyataan Soi Lek
itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan