Sabtu, 4 Ogos 2012

Susulan isu Sabah, PR kini sasar 18 kerusi Parlimen Johor

NORSHIKIN MOHD SALLEH

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub
 
 
JOHOR BAHRU – Pakatan Rakyat (PR) berkeyakinan mampu menambah bilangan kerusi Parlimen yang ditandingi di Johor dengan sasaran 18 kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, keyakinan itu dilontarkan berdasarkan beberapa perkembangan menarik yang berlaku di negeri ini, termasuk  isu nasional seperti yang berlaku di Sabah.

“Sebelum ini PR mendedahkan 12 Parlimen di negeri ini menjadi sasaran, namun susulan perkembangan menarik di Sabah, biarpun ia berlaku di Sabah, tetapi ia memberi impak baru yang saya rasa membantu Johor. PR akan mencipta momentum baru di Johor.

“Terdapat tiga atau empat Parlimen baru kita yang akan kita fokuskan. Yang sebelum ini Gred B kita angkat jadi gred A untuk diberi fokus membawa harapan yang besar mencapai kemenangan," katanya.

Menurut Salahuddin, realitinya, PR telah mewujudkan senario baru politik di Johor dan ia menyumbang laluan cerah ke Putrajaya,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Parlimen Pulai, di sini,hari ini.

Katanya, berdasarkan respons terkini diterimanya, PR yakin mampu meruntuhkan kubu Barisan Nasional (BN) di Sabah, Sarawak dan Johor.

“Jika sebelum ini BN yakin kuasai tiga negeri tersebut, tetapi setelah melihat perkembangan politik terkini, saya rasa kita dapat runtuhkan kubu ini.

“Ini terbukti apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bercakap serius untuk jentera BN pertahankan Johor.

"Lebih mengejutkan kenyataan terkini beliau meminta untuk BN pertahankan Gelang Patah. Ia manifestasi seorang Timbalan Presiden Umno yang jelas bimbang akan perkembangan PR di Johor,” katanya.

Salahuddin bagaimanapun enggan mendedahkan Parlimen yang menjadi sasaran PR,  dan sama ada ia ditandingi oleh DAP, PKR atau Pas.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bukan senang mahu rampas Sabah dan Johor daripada BN.

Tanpa Nama berkata...

PR jangan sampai masuk perangkap sendiri.

mantera berkata...

Sabah dan Johor adalah kubu kuat UMNO, bukan mudah PR nak merampasnya.

Unknown berkata...

Jangan terlebih confident semata2 sebab beberapa orang pemimpin saja yang keluar dari BN.

Unknown berkata...

Usaha parti dan undi rakyat-itulah penentu kepada kemenangan PRU nanti.