Tegasnya, hudud yang dilaksanakan oleh Pas, adalah hudud Pas dan beliau tidak akan terlibat dengan debat mengenai ‘hudud Umno’ dan ‘hudud Pas’.
“Saya tidak akan bercakap sesuatu yang saya tidak faham, itu adalah perkara yang tidak adil,” katanya.
Beliau juga yakin, di sudut Barisan Nasional, hudud tidak akan dilaksanakan berdasarkan kenyataan jelas Perdana Menteri sebelum ini.
“Kita yakin hudud tidak akan dilaksanakan. Kita hanya tidak yakin Pas dan Pakatan Rakyat,” katanya.
Menurut Soi Lek, dalam forum yang diadakan baru-baru ini bersama Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya , beliau difahamkan, Umno tidak akan laksanakan hudud.
“MCA difahamkan dengan penjelasan lebih jelas bahawa Umno tidak akan laksanakan hudud,” katanya.
Soi Lek berkata, MCA tetap menolak pelaksanaan hukum hudud di negara ini, kerana khuatir ia tidak adil kepada orang bukan Islam.
Beliau mempersoalkan sejauh mana keyakinan Pas dalam memberi jaminan keadilan hukuman kepada orang bukan Islam, sekiranya undang-undang Islam itu dilaksanakan.
“Walaupun, mereka katakan, orang bukan Islam tidak terlibat apabila dilaksanakan hudud, apakah bentuk hukuman sekiranya berlaku jenayah yang dilakukan kumpulan atau pasangan orang bukan Islam dengan orang Islam ?
“Bagaimana sekiranya berlaku kejadian rogol oleh lelaki Islam terhadap wanita bukan Islam. Apa hukuman yang akan dilaksanakan? katanya kepada Sinar Harian
Menurutnya, adakah rakyat boleh hidup dalam situasi sebegini, kerana setiap hari ia akan berterusan menjadi isu.
Katanya, adalah tidak benar, apabila Pas katakan hudud yang akan dilaksanakan mereka, tiada kaitan dengan orang bukan Islam.
“Sekiranya negara ini mengamalkan hudud Pas, kedudukan Malaysia di peringkat antarabangsa akan terjejas, usaha menarik pelaburan luar akan menurun dan akan memberi kesan kepada semua orang, bukan sahaja Islam kerana dari segi hukuman hudud itu, ditakrifkan sebagai melanggar hak asasi manusia,” katanya.
Menurutnya, isu hudud ini bukan dimainkan oleh mana-mana pihak kerana pemimpin Pas sering mengatakan itu adalah perjuangan mereka seperti yang termaktub dalam perlembagaan mereka. (Ayat ini pun mengelirukan)
“Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat secara terbuka menyatakan bahawa, hudud adalah tanggungjawab agama yang ditunaikan bukannya agenda politik.
“Bagaimanapun, orang bukan Islam agak terganggu apabila Nik Aziz mengeluarkan kenyataan tersebut, kerana ia membawa impak yang besar kepada masyarakat, negara dan orang bukan Islam sekiranya dilaksanakan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan