Selasa, 14 Ogos 2012

Shabery Kalau Tidak Kata Begitu, Nak Kata Apa Lagi..

MSO

 Menteri Belia dan Sukan Ahmad Shabery Chik berkata pencapaian kontijen negara di sukan olimpik London 2012 terbaik dan luar biasa walaupun kontijen negara mendapat dua pingat perak. Kejayaan itu katanya perlu dibangga.

Iyalah kalau tidak kata begitu hendak kata apa lagi. Shabery tidak boleh mengatakan pencapaian negara terburuk dan jauh dari mencapai sasaran (MSN) kerana dia adalah menteri bertanggungjawab membangun sukan negara. Dan kalaulah MSN hanya mensasarkan hanya dua pingat dalam sukan terbesar dunia itu ini bermakna hati MSN sebesar kuman. Tidak sepatutnya MSN meletak sasaran sebesar itu sedangkan negara sudah merdeka 54 tahun dan pemimpin kerajaan pula berbueh mulut mengatakan Malaysia mencapi taraf negara maju.

Maju apa kalau hanya dua butir pingat warna kelabu?

Walaupun sebelum ini kontijen negara pernah mendapat dua pingat perak pada olimpik di Atlanta 1996  tetapi pencapain tahun ini dalam dua acara berbeza. Itu sajalah yang Shabery dapat perkatakan untuk mengelakkan beliau dituduh sebagai gagal memajukan sukan negara.

Mendengar kata-kata dan alasan Shabery itu teringat saya kepada kata-kata jurulatih pasukan bola kebangsaan K Raja Gobal. Gobal setiap kali pasukan negara tewas akan mengeluarkan alasan klisenya dengan macam-macam helah. Beliau tidak sama sekali mengakui kelemahannya sebagai jurulatih kerana kalau beliau mengaku pasti beliau kena lepas jawatan. Kalau lepas jawatan bermakna akan kehilangan pendapatan puluhan ribu.

Begitu juga dengan Shabery sama sekali tidak akan mengakui kelemahan dan akan mencari dua tiga juta helah untuk tidak mengakui kelemahannya seterusnya menyelamatkannya sebagai menteri. Shabery juga tidak mahu kehilangan pendapatan sebagai menteri. Di sini baik Shabery maupun Gobal lebih melihat kedudukan dirinya dari masa depan sukan.

Bagaimana pun cara Shabery mempertahankan dirinya itu dengan memuji sendiri kononnya pencapaian olimpik kali ini terbaik dan luar biasa tidak akan menjamin kedudukannya selamat di Kemaman. Sukan olimpik tidak ada kena mengena dengan prestasi Shabery sebagai wakil rakyat di Kemaman. Sudah lama kedengaran berbagai protes di kalangan Umno Kemaman terhadap Shabery.

Berbagai runggutan terhadapnya juga kedengaran bertujuan menjejaskan prestasinya sebagai wakil rakyat. Shabery dikatakan sukar untuk ditemui rakyat dan kalau balik ke Kemaman asyik menghayung kayu golf saja.

Seorang bekas pengerusi tetap Umno Kemaman pernah memberi tahu saya kedudukan Shabery di Kemaman tidak selamat. "Kalau Umno nak hilang kerusi... cubalah letak Shabery sekali lagi di disitu," kata bekas pengerusi berkenaan memberi amaran

Tiada ulasan: