KELAB GREENBOC
Pilihanraya Umum Ke-13 Sabah kali sememangnya dijangkakan yang paling sengit selepas pilihanraya 1985. Jika pada PRU 1985 itu, satu sejarah telah tercatat apabila Kerajaan Berjaya yang gagah perkasa atas sokongan Kuala Lumpur telah ditumbangkan di bumi Sabah oleh Parti Nyamuk (PBS) pimpinan Datuk Joseph Pairin Kitingan.
Kini setelah 27 tahun berlalu, adakah sejarah berkenaan akan berulang lagi? Tidak dinafikan, angin perubahan sedang bertiup kencang dan rata-rata rakyat Sabah sedang menunggu hari mengundi sahaja kali ini.
Rasa muak dan jengkel semakin membara, terutama semangat ingin menukar baju baru di hati mereka sememangnya telah terpendam sejak PRU 12 lalu; Apatah lagi selepas melihat warga Semenanjung yang meniupkan TSUNAMI sehingga takhta BN di 5 negeri telah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dan memaksa Tun Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Najib.
Berbalik pada PRU 13 Sabah kali ini, sememangnya kawasan KDM dan Cina yang dimenangi BN dalam PRU-12, kini berada dalam bahaya dan bakal jatuh ke tangan pembangkang.
Kesungguhan pembangkan memainkan isu 20 perkara, royalti minyak, Sabah adalah sebuah Negara dalam pembentukan Malaysia; Borneonisasi dan paling mujarab isu Pendatang Asing di bumi Sabah.
Kesemua isu ini nampaknya telah meracuni fikiran masyarakat KDM dan Cina serta 40% orang Islam sejati Sabah. Jentera Penerangan BN dan Pemimpin BN Sabah nampak tidak berdaya melawan dan menangkis senjata tajam yang telah dimainkan oleh STAR dan SAPP; dua parti yang mendakwa menjadi harapan rakyat Sabah kali ini.
Rakyat Sabah yang begitu sensitif dengan isu parokial, etnocentrisme dan kenegerian begitu ketara di era 85 apabila isu sekecil penyerahan Pulau Labuan telah menjadi senjata menumbangkan Kerajaan Berjaya.
Jika kita analisa, kawasan KDM hanya tinggal 18 kerusi, yang semuanya dikuasai PBS, UPKO, dan PBRS, dengan majoriti di antara 171 undi majoriti paling tipis kemenangan di N 33 Bingkor dan majoriti paling tinggi 5,455 undi di N 40 Labuk. Sementara 16 kerusi yang lain, adalah di bawah 2,900 undi.
Sementara itu, kawasan Cina hanya tinggal 9 kerusi yang 95% adalah pengundi Cina dan 3 lagi iaitu N 2 Tanjung Kapor, N 14 Likas serta N 58 Merotai hanya mempunyai 55 % pengundi Cina.
Jika trend angin orang Cina terhadap BN, seperti pilihanraya Sarawak yang lalu dan dengan sentimen yang sedang dimainkan oleh SAPP dan DAP, kita percaya kesemua 11 kerusi ini bakal jatuh ke tangan pembangkang Sabah.
Jika di analiasa dan kita lihat peluang pembangkang Sabah kali ini, sudah separuh kaki pembangkang telah menjejaki Pejabat Jabatan Ketua Menteri di Teluk Likas. STAR dan SAPP dijangka dapat merampas kesemua kerusi KDM ini dan SAPP dan DAP pada kesemua kerusi Cina.
Jika 18 kerusi dicampur 11, maka jumlahnya adalah 29. Ini bermakna pembangkang hanya perlu 3 kerusi lagi untuk membentuk kerajaan baru Sabah dengan 'simple majoriti'.
Mari kita tengok pula kawasan Umno yang dirasakan ada peluang dirampas daripada BN. Kita hanya 'target' dan analisa 5 kawasan yang Umno menang hanya menang di bawah 2,500 undi dan peratus keluar mengundi di kelima-lima kawasan ini adalah bawah 66%.
Kawasan tersebut ialah;
N 1 Banggi undi majoriti - 2,024
N 43 Sekong undi majoriti - 2,189
N 48 Sukau undi majoriti -2,107
N 49 Tungku undi majoriti 2,389
N 52 Sulabayan undi majoriti 2,037
Kesemua lima kawasan Umno ini, peluang pembangkang boleh merampas kerusi ini menerusi PKR. Andai peratus yang keluar mengundi kali ini boleh mencapai sehingga 90 % ke atas, serta pengundi atas pagar ini menyebelahi PR Sabah dan juga yang paling mustahak, pengundi hantu tidak digunakan BN kali ini.
Kita sangat pasti dengan angin perubahan dan Tsunami yang bakal melanda ini akan dapat menukar kerajaan BN-UMNO dengan kerajaan rakyat Sabah.
Salam Hormat,
MOHD DANIAL ABDULLAH
12 ulasan:
Semua ni sekadar ramalan. selagi PRU belum berlangsung, keputusan sebenar masih berada di tangan rakyat dan peti undi.
"Rasa muak dan jengkel semakin membara, terutama semangat ingin menukar baju baru di hati mereka sememangnya telah terpendam sejak PRU 12 lalu"
kalau betullah rasa muak dan jengkel semakin membara sejak PRU12, kenapa orang kuat PKR Ansari boleh tumbang di Batu Sapi dengan seorang suri rumah??
" Apatah lagi selepas melihat warga Semenanjung yang meniupkan TSUNAMI sehingga takhta BN di 5 negeri telah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat"
ini menunjukkan kerajaan BN tidak campur tangan dalam tugas2 SPR.. sesungguhnya SPR berjaya melaksanakan tugas mereka dengan bersih, adil, jujur dan telus..
"sememangnya kawasan KDM dan Cina yang dimenangi BN dalam PRU-12, kini berada dalam bahaya dan bakal jatuh ke tangan pembangkang."
ada apa2 bukti yang boleh menyokong hujah2 ini?? KDM tidak semestinya akan menyokong Pakatan kerana terdapat banyak parti2 KDM di negeri ini.. untuk kaum Cina pula, tidak mungkin mereka akan menyokong DAP Sabah yang hanya tahu menunjuk manhole, longkang dan rumput..
"Kesungguhan pembangkan memainkan isu 20 perkara, royalti minyak, Sabah adalah sebuah Negara dalam pembentukan Malaysia; Borneonisasi dan paling mujarab isu Pendatang Asing di bumi Sabah."
sebab itu pembangkang mempertikaikan RCI dan kajian semula royalti minyak.. sebabnya, mereka bakal kehilangan isu kontroversi ini setelah kerajaan mengumumkan RCI dan bersedia mengkaji semua royalti minyak..
"Kesemua isu ini nampaknya telah meracuni fikiran masyarakat KDM dan Cina serta 40% orang Islam sejati Sabah. "
bermakna benarlah kata2 pemimpin2 BN bahawa tujuan pemimpin2 pembangkang hanya untuk meracuni fikiran rakyat semata2 untuk merampas kerajaan..
tidak perlulah Pembangkang mengiktiraf kemenangan selagi belum bertanding.. perlu diingat, di Sabah, bukan hanya ada Pakatan, malah Star dan SAPP.. persoalannya, boleh ka pembangkang2 Sabah ini bersatu??
PR tidak perlulah bermimpi untuk menang mudah pada PRU13 akan datang. Memang tidak dapat dinafikan yang apa-apa boleh berlaku nanti. Tapi tidak semestinya ini menandakan PR menang dengan mudah.
Selagi belum ada keputusan yang tepat rasanya PR tidak perlu bermimpi.
belum tentu lagi, kita tggu ja PRU.
This confidence to the support and warm welcome shown towards the BN during the various programmes organised by the coalition.
Barisan Nasional (BN) is confident of retaining its existing seats and wresting several from the opposition at the 13th General Election.
Catat Ulasan