Selasa, 14 Ogos 2012

Politik Impotem Hasan Akidah

MSO

Lama tidak dengar cerita mengenai Hasan Akidah alias Hasan Ali. Segar ke dia? Masa saya berada  di Makkah baru-baru ini dan minum di restoran Bunga Raya di bangunan berdekatan Hilton saya teringatkan dia. Beberapa tahun lepas di sebuah meja agak tersudut di restoran itu saya nampak beliau sedang minum dan berbual dengan Ahmad Zahid Hamidi. Zahid mempelawa saya duduk sama tetapi saya tolak untuk memberi peluang kepada mereka berbual panjang termasuk hal-hal kepentingan bangsa dan agama.


Hasan Ali
"Sila Datuk, Datuk berdua adalah pejuang Melayu dan Islam, usahakan semoga Pas dan Umno boleh berdamai," kata saya sambil berlalu selepas berjabat salam dengan mereka. Saya mengelip di sebatang tiang besar dan melihat mereka selepas itu mengangguk-angguk macam itik jantan dengan itik betina.

Kini, apakah khabar Hasan Akidah.. lama tidak tersua. Kali terakhir berjumpa di masjid al Gufrun di Taman Tun Dr Ismail. Itu pun dari jauh kerana semasa saya bercakap sambil berjalan dengan Abdullah Badawi, Hasan tersudut dari belakang setelah saya menjauh Pak Lah baru Hasan mendekatinya. Mungkin dia tidak mahu saya mendengar apa-apa bakal dibualkan dengan Pak Lah. Al maklumlah Sayuti, akan tulis apa saja yang didengarinya.

Sebelum puasa sebelum balik kampung ada sepanduk di Lebuh Rayua Cabang 4 Salam simpang untuk ke rumah ibu saya, memberi tahu Hasan Akidah akan berceramah di Rantau Panjang. Sayang saya tidak sempat mengikutinya kerana urusan lain pada malam itu lebih penting dari mendengar ucapan Hasan yang akan mengkririk Pas dan memcabukkan Anwar Ibrahim. Katanya sudah habis daerah di Kelantan dijelajahi Hasan kecuali Gua Musang dan Pengkalan Chepa.

Kalau menurut dakwaan dipihak menyokong Hasan dan Ngo Beras Jati, Kelantan akan tumbang dalam pilihan raya akan datang sebab Hasan ajak orang Kelantan supaya tinggalkan Pas dan undi Umno. Membimbangkan juga kata ribuan yang dengar ceramah Hasan?

Malam tadi saya berbuka puasa di sebuah hotel di Kuala Lumpur bersama Mahfuz Omar. Kebetulan Hasan Akidah juga katanya ada di hotel berkenaan. Dia juga mengadakan majlis berbuka puasa di situ bersama 100 orang yang akidah mereka diselamatkan oleh Hassan dari dipunahkan oleh Kristian. Saya tidak tahu siapa yang membayar bil majlis berbuka puasa itu. Apakah bayaran di buat oleh Jabatan Khas Umno (Jasa) yang terletak di bawah kementerian dipegang Rasi Yatim atau pihak mana? Sebab sebelum ini ada majlis yang dihadiri Hasan Akidah kos majlis dibayar menerusi chek Jasa?

Langsung tersebut namanya di situ saya jadi teringat kepada Hasan. Kebetulan pengarang Sinar Online, Dr G Manimaran duduk disebelah saya. Manimaran yang juga dijemput untuk berbuka puasa dengan Mahfuz terlewat tiba kerana mengikuti kenyatan akhbara dari Hasan. Saya tidak tanya apa yang dinyatakan Hasan kerana saya pasti Manimaran akan melaporkan dalam portal beritanya.

Ternyata benar ada laporan. Manimaran seorang wartawan yang bukan saja rajin tetapi cekap menangkap berita. Kelebihan yang ada kepada bekas editor Malaysia Indsider ini menyebabkan saya memburunya kerana kecepatannya melaporkan berita. Beliau tidak menangguh dan inilah menjadikan apa-a badan dikepalai Manimaran cepat menjadi popular dan hit bertambah.

Dalam laporan itu seperti mana dilapor Sinar Online, Hasan menggesa supaya Pas mengkaji balik kedudukannya dalam Pakatan Rakyat. Aik... cari penyakit Hasan ini bisik hati saya. Katanya ini kerana Pas gagal menyatakan pendirian sebelum ini yang hendak menegakkan Islam dan Hudud. Beliau merujuk kepada kenyataan Ketua Dewan Ulamak Pas, Haron Taib yang memberi menegaskan Pas akan menegakkan Islam dan Hdudu dan kalau ada halangan dalam Pakatan, Pas sedia mencari rakan baru.
Kenyataan politik itu dipegang dan diramas oleh Hasan. Lucu juga saya apabila Hasan berpegang kepada kata-kata Harun Taib. Apakah beliau faham mengenai kedudukan Harun Taib dan kesesuaian (...........) beliau (Harun) menjelaskan perkara itu pada saat itu?

Kalau Hasan Akidah arif dan faham politik dia tidak mengambil serius dengan kenyataan Harun itu. Pertama, (eh tiru bahasa cakap Hasan pulakk...), Harun Taib hanya sebagai ketua ulamak dan pandangan itu adalah pandangan peribadinya. Keduanya, (eh tiru lagi pakai poit..) Harun berkata begitu kerana itulah prinsip Pas. Soal hendak cari akan baru sekiranya Pas bermain dengan hudud dan hukum Islam itu hak Pas bukan Harun Taib.

Sebagai ahli politik Harun akan melihat kiri dan kanan sebelum dia berkeras dengan prinsip dan dasar parti itu. Dalam politik untuk pengetahuan San... eh eh... kita tidak boleh jadi bijak sendiri. Betapa pun bijak dan munasbaah tetapi jika tidak mendapat sokongan jemaah, kita akan tertinggal. Sebab itu saya selalu katakan tidak ada kebenaran dalam politik, tidak ada kejujuran dalam politik, dan perjanjian dalam politik bukan untuk ditunaikan tetapi untuk dimungkiri.

Jadi Hasan tidak boleh kaitkan kenyataan Harun Taib itu sebagai satu ketetapan dan penegasan Pas. Pas sebagai sebuah badan siasah akan memikirkan sedalam-dalamnya untung rugi buruk dan baik untuk melaksakan apa juga matlamnatnya. Lebih penting Pas akan mengambil kira keutamaaan dan keselamatan parti berkenaan. Saya rasa Harun Taib juga bersikap sama. Sebab kalau Harun Taib bersikap pandai sendiri, seperti Hasan lakukan semasa beliau berada dalam Pas, sudah lama Pas akan hancur dan beliau pun akan ditendang oleh Pas.

Dalam pada itu beliau juga menggesa Dewan Ulamak Pas mengkaji semula kedudukanya dalam Pakatan dan mengajar dewan itu tidak boleh bersetuju dengan perkara yang tidak disetujui. Sekali lagi saya hendak nyatakan, daya politik dan akal siasah Harun Taib lebih dalam dan panjang dari Hasan. Kekemetotan akal politik Hasan Akidah tidak boleh ditiru dan dipakai oleh Harun Taib.

Bagi Hasan semua perkara senang, sesenang lidah dan mulutnya bercakap. Beliau mudah mengambil kesimpulan atas perkara-perkara yang rumit dan memerlukan tektikal dalam perjuangan. Mungkin kerana amalan itu maka beliau menerima padah dari apa yang dibuatnya kini. Kerana Hasan Akidah mengira dia akan menang ke atas tiga perkara dalam kemelut dihadapiunya maka beliau kini terkanjar dari Pas. Hasan dipecsayai sangat yakin apabila beliau berdepan dengan jawatankuasa Pas beliau akan menang. Dia yakin beliau tidak akan dipecapat dari Pas kerana merasakan dialah tokoh intelektual Islam yang utama dalam parti itu.

Dia juga percaya bahawa Sultan Selangor akan mempertahankan dia sebab dia komited dengan Islam serentak itu kedudukannya sebagai Exco tidak akan terusik. Dan dia juga percaya apabila keluar dari Pas nanti berbondong-bodong orang Pas akan mengikut buntutnya macam anak ayam lapar padi. Walhasil, Pas tidak pun memandang keintelektualannya dan mengambil tindakakan memecat atas kesalahannya.
Sultan Selangor juga tidak mempertahankan kedudukannya, menyebabkan jawatan Exco agama yang menjadi ruang untuk beliau berjuang dan memberi kawan-kawan makan selama ini terlucut dan terlepas kepada orang lain. Begitu juga yang mengikuti buntutnya bukan orang Pas tetapi orang Umno yang datang bertepuk mendengar ceramah Hasan yang mengutuk Pas.

Terlanjur bercakap fasal Hsan Akiah, untuk apa dia memberi nasihat dan peringatan kepada Pas lagi. Tindakan itu menyebabkan orang boleh tuduh beliau kini seperti ayam gilakan sangkak. Untuk apa dia ingatkan Pas lagi kerana dia bukan ahli Pas sudah... eh stail orang Sabah pulak. Sama ada Pas hendak buat Islam, laksanakan Hudus itu Pas punya fasal. Melihat cara Hasan bangkit memberi ingatan kepada Pas itu tidak ubah persis sikap seorang suami yang cuba menasihat isterinya yang sudah diceraikan.

Kalau sudah dicerai, tinggal sajalah. Usahkan dikenang dan disebut pun jangan. Apabila Hasan aysik  menyebut dan terkenangkan Pas semacam ada sesauatu yang terlekat di hatinya. Hasan kena ingat apabila orang menceraikannya adalah kelemahan dan kecatatan fatal dibatan tubuhnya. Seorang isteri tidak akan minta cerai kalau suaminya penuh pengertian dan ideal. Tetapi bila isteri meminta cerai, adalah kelemahannya yang tidak boleh diatasinya.

Kalau Hasan boleh diibaratkan si suami dan Pas adalah isterinya, boleh difahami kenapa Pas menceraikan Hasan kerana kelemahan yang ada kepadanya itu. Selalunya masalah utama antara suami isterinya ialah apabila si sumia impoten (mati pucuk). Tidak usah ceritalah sehebat mana suami, pandai dan petah bercakap berdengar-degar macam pelakar, indah menyusun kata macam pendita tetapi kalau si anuhnya mati, ia tidak memberi guna barang setengah dinar Kelantan pun. Begitulah Hasan Akidah saya lihat dalam konteks memberi teguran kepada Pas, tidak ubah seprerti suami yang mati pucuk dan cuba menarik perhatian si isteri yang ditinggalkan untuk bersatu semula.

Ketika ini dan hari ini kalau Hasan Akidah ikhlas dan bersungguh untuk menegakkan Islam dan hukum hudud Hasan cadanglah kepada parti Umno yang kini menjulang dan tertegun dengan pidato bambastiknya. Cubalah.. mana tahu takut-takut berjaya. Mat ... Mat mana? Ahmad Maslan lah... dah sahur ke? Macam mana dengan Sabah dan Sarawak nampak ponat tu?

Tiada ulasan: