Roketkini.com
Belum pun selesai dihadam ketupat, lemang, dodol dan samperit, tak sempat lapar sebab asyik berjamu, seluruh rakyat Malaysia akan menyambut pula hari kebesaran negara hujung bulan ini iaitu Hari Merdeka yang ke 55 tahun.
Istimewa Hari Merdeka yang ke 55
Hari Merdeka ke 55 ini menyaksikan satu sejarah baru terlakar; dua tema dalam satu perayaan. Kerajaan PR memilih tema “Sebangsa, Senegara, Sejiwa”. UMNO-BN memilih tema “Janji Ditepati”.
Entah janji apalah yang ditepati sedangkan Program Transformasi Kerajaan dilihat gagal memenuhi objektif. Perlaksanaannya lemah dan ada ahli akademik yang melihat ianya propaganda semata-mata.
Contoh paling mudah seperti pemansuhan ISA tetapi diganti akta lain. Begitu juga dengan pindaan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman yang ‘tak aman’. Termasuklah yang terkini pindaan Akta Keterangan (No. 2) iaitu Seksyen 114A.
“Najib tak cool langsung.”
Ini belum lagi dihurai panjang lebar perihal salah guna kuasa dan rasuah projek-projek kerajaan BN yang menimbulkan tanda soal semacam projek sambungan LRT Ampang-George Kent, projek SEDA, pengambilan tanah kerajaan di Brickfield dan banyak lagi.
Kalaulah begini keadaannya, segala transformasi Najib bolehlah kita gelar ‘tranformasi auta’ sahaja.
Nak glamour juga…
Apapun, tak hairanlah kalau nama Najib melonjak, jadi glamour. Tentu sekali yang tumpang seronok adalah isterinya Datin Seri Rosmah. Mana tak jadi glamour, dalam tak sampai tempoh setahun, segala dasar transformasi nak dilaksanakan.
Tak mengapalah, bila Najib bersara selepas pilihanraya nanti, setidak-tidaknya dapatlah gelaran Bapa Transformasi. Sepertimana gelaran Bapa Pembangunan kepada Tun Mahathir dan Bapa Demokrasi kepada Pak Lah.
BN tabur duit macam tabur gandum….
Yang kita lihat, kerajaan UMNO-BN tabur duit semacam tabur gandum beri makan ayam. Bila gandum habis, ayam pun kenyang. Kemudian, bila taukeh datang, ayam pun kena jual. Mereka jugaklah yang untung.
Harap-harap kita tidaklah jadi macam si ayam. Kenyang makan tapi tak sedar, telah dijual…
Memang sudah menjadi tanggungjawab kerajaan membantu rakyat. Tetapi, perlaksanaan BR1M, TR1M, KR1M dan sebagainya secara melulu memperlihatkan UMNO-BN sudah meroyan terdesak menagih simpati sokongan rakyat.
Merdeka istimewa
Merdeka ke 55 tahun ini merupakan hari merdeka istimewa buat seluruh warga. Kalau dulu ada Kongsi Raya, kali ini kita ada Merdeka Raya. Makin banyaklah lagi majlis makan-makan dan mega sales dibuat.
Cumanya sampai sekarang, kita tertunggu-tunggu bila tarikhnya pilihanraya.
Akan hal pilihanraya yang entah bila nak mula, kita mula terfikir, apakah UMNO-BN yang dikepalai Najib tidak cukup ‘kira-kira’ untuk menepati semua janji-janji mereka terlebih dahulu (termasuk janji lapuk) sebelum PRU atau sudah mula terbayangkan duit yang mereka tabur sebelum ini sia-sia sekadar menjadi rendang dan dodol buat dijamah?
Hari baik bulan baik ini, Cabai Burung ingin mengucapkan Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dan Salam Sebangsa, Senegara, Sejiwa.roketkini.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan