Khamis, 16 Ogos 2012

PAS bincang tindakan jika Nasha tak tampil perjelas


MALAYSIA KINI


Timbalan presiden PAS Nasaruddin Mat Isa digesa menjelaskan kenyataannya yang mencadangkan parti itu keluar Pakatan Rakyat ekoran perbezaan pandangan berkaitan hudud dengan DAP.

Ketua penerangannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, memandangkan beliau masih ahli Majlis Syura, Nasharuddin digesa menghubungi badan itu dalam waktu terdekat.

NONE"Beliau (Nasharuddin) perlu tampil untuk memberi penjelasan dengan kadar segera," kata ketua penerangannya Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tuan Ibrahim juga berkata, sekiranya Nasharuddin tidak mengambil inisiatif itu, PAS Pusat bersama Majlis Syura akan berbincang tindakan seterusnya dalam mesyuarat akan datang.

Bagaimanapun, kata Tuan Ibrahim berkata, secara asasnya kenyataan Nasharuddin bertentangan dengan kenyataannya sendiri dalam muktamar sebelum ini.

Nasharuddin sebelum ini didakawa berkata kerjasama politik bersama Pakatan melalui perbincangan mendalam dengan para ulama muktabar.

"Ia bukannya keputusan di kedai kopi atau di tepi jalan," kata Tuan Ibrahim dalam kenyataannya hari ini.

Katanya lagi, penjelasan itu penting bagi mengelakkan kekeliruan dan menjejaskan sama ada kenyataannya telah "diselewengkan".

"Namun, Al-Quran menggesa kita seandainya datang orang fasik membawa berita kita perlu menyelidiki terlebih dahulu berita tersebut.

"Pengesahan kesahihan berita mesti dilakukan terlebih dahulu daripada terus menghukum," kata Tuan Ibrahim.

Tiada ulasan: