MAKA Hassan Jati pun berkata, eloklah PAS keluar dari PR kerana DAP
tolak Hudud. Hassan Jati pun kata, JATI telah berjaya tutup mulut
Paderi-Paderi Kristian. Dalam ertikatanya, PAS lebih baik tinggalkan PR
dan join Umno sebab Umno konsisten dulu, kini dan selamanya menyokong
Hudud. Maksudnya juga, JATI amat berjaya semenjak dia pimpin sudah
ramai yang tidak masuk Kristian.
Jangan termuntah atau terkentut baca kenyataan Hassan Jati ni ok.
Apabila si Hassan Jati ni mahu PAS keluar dari PR kerana DAP tidak
setuju dengan Hudud, maka terfikirlah oleh kita bahawa sewaktu si Hassan
JATI yang berangan mahu jadi MB Selangor ini menjawat jawatan Naib
Presiden PAS dan Pesuruhjaya PAS Selangor dahulu, waktu itu DAP teramat
menyokong Hudud. Betulkah?
Jawapannya tentulah betul, kerana jika waktu itu DAP masih tidak
bersetuju dengan Hukum Hudud sudah tentu si Hassan Jati ni awal-awal
lagi cadangkan agar PAS keluar dari PR. Ertinya, waktu Hassan Jati di
dalam PAS dan pegang jawatan penting di dalam PAS, DAP sokong Hudud.
Apabila si Hassan Jati terpelanting dari jawatan dan disepak keluar dari
PAS, secara tiba-tiba DAP menolak Hudud? Jangan ketawa....Ini adalah
kerana kekuatan si Hassan Jati yang boleh mempengaruhi DAP samada sokong
atau tidak hukum Hudud. Hahahahaaaa....
Pasal Kristian ni pulak. Si Hassan Jati kata JATI telah berjaya tutup
mulut Paderi Kristian dari melakukan kerja memurtadkan umat-umat Islam.
Jika berita ini diberitahu kepada Paderi-Paderi Kristian, aku berani
potong jari kalau Paderi-Paderi Kristian ini tidak terkentut dan tertawa
terbahak-bahak.
Kesihan sungguh si Hassan Jati. Semenjak JATI ditubuhkan, tidak pernah
kita dengar orang puji pengaruh dan kehebatan JATI malahan tidak boleh
menandingi hebat dan popularnya beras JATI. Bahkan, jika ditanya seribu
orang, jika dapat seorang saja yang kenal siapa AJK-AJK atau pimpinan
di dalam JATI selain Hassan Jati itu sudah dikira hebat Jati ni. Oleh
kerana begitu lama menunggu orang mahu memuji atau menyanjung JATI tidak
kunjung tiba, maka selaku bos Jati terpaksalah puji diri sendiri.
Kemaruk sungguh....
Sesungguhnya kita amat bimbang jika fahaman agama Kristian ini menular
ke dalam masyarakat Islam. Begitu juga kita bimbang jika cerita-cerita
fitnah seks, liwat, perbuatan dalam kelambu sesama umat Islam dijaja
merata-rata untuk mengaibkan sesama Islam seperti si Hassan Jati selalu
lakukan di dalam setiap ceramah Mantapkan Akidahnya itu. Kita malu
apabila Paderi Kristian lihat bagaimana kononnya tokoh yang anti murtad
ini pun menjadi tukang sebar fitnah seks. Paderi pun tidak melakukan
seperti yang si Hassan Jati lakukan. Hassan Jati patut malu dengan
Paderi-Paderi ini.
Kesimpulannya mudah. Hassan Jati hanya menjadi `sub kontrak' parti
sekutu APCO, itu sahaja. Jika parti itu suka sebarkan ftnah, si Hassan
Jati pun lakukan asalkan anak bini di rumah boleh makan. Dia lupa DAP
yang dikatakan Kafir Harbi itu adalah di antara ribuan yang mengundi
beliau dahulu sehingga kini beliau boleh makan gaji dan elaun Wakil
Rakyat. Apakah halal undi kafir harbi kepada beliau waktu itu?
Ertinya, kafir harbi ini pilih Hassan Jati jadi Wakil Rakyat mereka dari
Kafir Harbi? Atau si Hassan ni adalah kaum sakat si Kafir Harbi juga
iaitu Melayu Harbi?/wfauzdin.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan