MSO
Harap mesyuarat jawatankuasa Pas Pusat yang akan bersidang esok
tidak membincangkan soal bekas timbalan presiden parti Nasharudin Mat
Isa. Tidak ada apa sebenarnya untuk dibincang soal beliau kerana isu
yang dicetuskan baru ini tidak menjadi kudis gatal kepada Pas. Pas
perlu anggap kenyataan beliau meminta Pas kaji kedudukan Pas dalam
Pakatan Rakyat sebagai gesaan ahli yang terlupa tarikh muktamar saja.
Penampilannya dengan Najib Razak ketika berjumpa dengan dua orang Arab
berjangguit di Makkah Pas boleh anggap itu kerenah kebudak-budakan saja
yang suka meninjuk. Apa yang berlaku itu sebagai kerenah peribadinya,
atau seperti anak kucing yang bergurau sesama sendiri dan seekor darinya
terlingkup dalam tempurung.
Mesyuarat politik itu lebih baik untuk membincang perkara lain lebih
penting menjelang pilihan raya misalnya masalah pembahagian kerusi atau
pun penyemakkan calon-calon yang sebelum ini sudah ditetapkan kawasan
dan kerusi masing-masing. Calon-calon yang tidak ada kawasan perlu
dikaji semula akan relevensinya dan sejauh mana kekuatan untuk mencapai
kemenangan.
Mungkin Pas juga boleh membincangkan perkembangan di Sabah dan Sarawak yang kini mula memberi petanda baik.
Dalam pada itu Pas juga tidak perlu apa-apa membuat kenyataan akhbar
yang menyentuh mengenai kedudukan Nasharudin di akhir mesyuarat.
Pertanyaan atau pun jerat wartawan mengenainya hendak dielakkan sebaik
mungkin.
Seboleh-bolehnya mana-mana pemimpin Pas tidak menyebut fasal beliau yang
membolehkan beliau membalas balik dan akan membentuk polimek. Biarlah
Nasharudin menjadi anak kucing yang terlingkup di dalam tempurung
bersendirian. Sama ada dia akan kelemasan atau berjaya menguis tempurung
untuk keluar sendiri terserah maklum kepadanya.
Membincang soal Nasharudin dan memberi ulasan dengan menjawab pertanyaan
wartawan satu tindakan tidak berapa sihat dan sekaligus menjadikan
Nasharudin yang kini sudah jatuh harga akan naik sedikit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan