Khamis, 16 Ogos 2012

Faekah: Chua tak setaraf debat dengan MB S'gor


MALAYSIA KINI
 
 
 
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Chua Tee Yong  silap membuat percaturan apabila menganggap dirinya setaraf dengan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan mencabar besar berdebat isu penyusunan semula hutang Talam, kata Setiausaha Politik Khalid, Faekah Husin.

"Kita tidak menghalang beliau mencari publisiti murahan menjelang pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi tetapi isu yang dibangkitkan biarlah relevan dan mengikut keutamaan.

"Contohnya isu penyelewengan dana NFC RM250 juta di bawah kementeriannya, Apa yang Chua lakukan? Beliau tidak mengambil tindakan yang boleh dibanggakan masyarakat
Tionghua di negara ini," kata Faekah dalam satu kenyataan hari ini.

Faekah berkata, menteri besar telah berkali-kali berkata bahawa cara terbaik untuk menjawab semua dakwaan yang dibangkitkan Chua adalah menerusi kertas putih yang sedang disiapkan oleh kerajaan Selangor.

"Tetapi jika Chua terus berdegil untuk berdebat, beliau sepatutnya menyahut  cabaran Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang telah berkali-kali mencabar beliau untuk
berdebat.

"Pua bukan pihak ketiga yang mendapat maklumat Talam seperti yang didakwa Chua.

"Sebaliknya, Pua sering kali mengadakan perjumpaan dengan menteri besar dan pegawai-pegawai yang terlibat mengutip hutang Talam.

"Beliau mendapat maklumat secara terus bukan dari pihak kedua," tegas Faekah.

Bagaimanapun, katanya, sebelum Chua meneruskan misi berdebat itu, beliau sepatutnya mendapatkan maklumat terperinci dan jawapan bagaimana BN didakwanya boleh menyerahkan ribuan ekar tanah kepada seorang kroni MCA.

Tiada ulasan: