lalu.
Dalam ucapannya pada majlis meraikan Lee dan pemenang pingat acara terjun, Pandelela Rinong Pamg hari ini, Chua berkata Manoharan cuba menggagalkan usaha menyatukan Malaysia melalui tindakan seperti itu.
"Jika ahli politik gagal menyatukan rakyat Malaysia, sekurang-kurangnya anda berdua berjaya menyatukan Malaysia dengan semangat 1Malaysia," katanya kepada Lee dan Pandelela yang meraih perak untuk badminton dan gangsa untuk acara terjun.
Tanpa merujuk secara langsung kepada Manoharan, Chua menyifatkan wakil rakyat DAP itu merosakkan usaha keras yang ditunjukkan kedua-dua atlet itu.
"Saya tidak akan lupa seorang ahli politik yang terencat dari segi politik yang memperlekehkan pencapaian Lee menerusi laman Twitter - satu tindakan luar jangkaan - dan menyanjung pesaing Lee dari China.
"Beliau kemudian meminta maaf tetapi saya rasa ia tidak membawa sebarang makna," kata Chua pada acara tersebut di Petaling Jaya.
Beliau bagaimana pun menegaskan bahawa kenyataan yang menyifatkan Manoharan sebagai terencat itu tidak dimaksudkannya secara harfiah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan