Khamis, 16 Ogos 2012

10 cedera, bas masuk gaung

AZMAN CHE MAN

Bas yang terjunam dalam gaung
Bas yang terjunam dalam gaung di Kilometer 57, Jalan Kuala Krai-Gua Musang ditarik baik oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Gua Musang, hari ini.
 

KUALA KRAI - Sekumpulan kakitangan beberapa agensi kerajaan nyaris maut apabila bas sewa khas dinaiki mereka terjunam ke dalam cerun di Kilometer 57, Jalan Kuala Krai-Gua Musang dekat Sungai Lakit, Gua Musang, awal pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 7 pagi berlaku ketika bas membawa 10 kakitangan kerajaan bersama dua pemandu dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Gua Musang.

Walaupun bas itu berpusing-pusing dan terbalik tiga kali, kesemua mereka bernasib baik apabila hanya mengalami cedera ringan.

Kakitangan awam terlibat ialah adalah mereka dari Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar); masing-masing dua kakitangan Jabatan Kerja Raya dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan serta seorang staf Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang.

Tiada ulasan: