KUALA LUMPUR – Umno bercadang menubuhkan sebuah jabatan pemasaran yang akan berperanan melaksanakan kerja-kerja pemasaran parti yang lebih sistematik kepada rakyat, kata Ketua Penerangannya Datuk Ahmad Maslan.
Beliau berkata penubuhan jabatan itu amat penting bagi memastikan tugas-tugas seperti melakukan analisis, merancang dan melaksana aktiviti politik yang pada masa ini dilaksanakan oleh jabatan penerangan parti, dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.
“Saya akan bawa perkara ini ke dalam mesyuarat penerangan Umno induk yang akan diadakan esok untuk dibincangkan di peringkat yang lebih tinggi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Wacana Penerangan Umno yang bertajuk “Metodologi Pemasaran Politik” hari ini.
Dipetik Bernama Online, Ahmad berkata metodologi pemasaran politik merupakan satu istilah yang harus difahami setiap anggota Umno dan penting untuk dilaksanakan dalam menyampaikan hasrat parti kepada rakyat.
“Jika semua anggota Umno tahu istilah ini dan tahu melaksanakannnya ia akan memudahkan kita untuk buat kerja,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan