Ahad, 14 Ogos 2011

SPR Akui Kesilapan, Tapi Tak Pernah Berubah, Kata Pemuda PAS

Ditulis oleh Fauzan Uda Ahmad


SHAH ALAM : Dengan sejumlah pendedahan yang dilakukan oleh pelbagai pihak termasuk PAS membuktikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengalami satu krisis integriti yang begitu parah, hilang kepercayaan rakyat dan tidak lagi boleh dipercayai.

Demikian pandangan Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan pada satu sidang media selepas sesi meja bulat bersama 22 badan bukan kerajaan (NGO) yang membincangkan isu “Akidah Umat Islam: Apakah Sikap Dan Peranan Kita” di sini semalam.

“SPR telah mengakui kesilapan yang ada. Cumanya malangnya pengakuan SPR adalah pengakuan yang standard iaitu “Ini adalah kesilapan manusia’.

"Dan telah beberapa kali pengakuan itu dibuat dan telah beberapa kali kesilapan itu berlaku. Jadi kita tak boleh terima satu agensi atau satu suruhanjaya yang begitu penting mengulangi kemudian hanya membuat kenyataan silap tapi tak pernah berubah,"katanya lagi.

Justeru itu, Pemuda PAS Pusat memberi tiga pilihan kepada suruhanjaya itu :-

1) Meminta Yang di-Pertua Agong campur tangan dan mengambil perhatian serius terhadap masalah pelanggaran integriti yang dialami SPR, kalau boleh Agong membubarkan SPR;

2) Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR harus meletak jawatan segera;

3) SPR mesti dirombak secara menyeluruh untuk kembalikan kepercayaan rakyat.

Menurut Nasrudin, Pemuda PAS akan mengadakan road show untuk menyatakan penyelewengan dalam sistem pilihan raya negara dan mengalu-alukan semua pihak mendedahkan penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, salah laku dan kesilapan yang ketara oleh SPR.

Tiada ulasan: