MCA Selangor menuntut semua ahli exco kerajaan negeri DAP supaya meletakkan jawatan kerana membisukan diri mereka berhubung isu serbuan Jais ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya, baru-baru ini.
Katanya, adalah hipokritikal bagi pemimpin DAP menggunakan alasan arahan menutup mulut yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dan menuduh mereka daripada menjauhkan diri daripada kebenaran.
"Bagaimana mereka boleh (patuh) arahan tutup mulut? Mereka kata mereka perjuangkan kebebasan bersuara... Apabila ada sebab untuk bersuara, mereka buat bising tetapi apabila ada kerja, mereka tak buat. Exco DAP patut letak jawatan,” katanya pada sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini.
Menurut pemimpin veteran MCA itu tanggungjawab terletak di bahu wakil rakyat DAP dan pemimpin bukan Islam PKR, yang merujuk secara tidak langsung kepada ahli Petaling Jaya Utara Tony Pua dan ahli parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian.
Menurut Theng Book tanggungjawab sebenarnya terletak pada Khalid selaku menteri besar, dan menolak dakwaan Pakatan Rakyat bahawa serbuan itu didalangi kerajaan persekutuan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan