Jumaat, 5 Ogos 2011

Rosmah Tentu Melenting

MSO


SEPERTI mana yang dijangkakan Pertubuhan Bekas-bekas Wakil Rakyat Umno (Penawar) lewat petang ini telah membuat penafian berhubung catatan saya dalam blong ini yang dikatakan pertubuhan itu ada mencadangkan untuk mendesak Najib Razak meletak jawatan sebagai perdana menteri.

Presiden Penawar Abdul Aziz Shamsuddin (foto) dalam satu kenyataan menjelaskan pertubuhan itu tidak pernah membuat cadangan itu dan menganggap apa yang saya catat itu tidak benar.

Katanya Penawar ditubuhkan tahun 2009 semasa Najib sudah menjadi Presiden Umno. Penegasan itu memberi gambaran pertubuhan itu wujud bersama Najib.

Penawar mengadakan mesyuarat khas petang ini khas untuk membincang apa yang saya catat dalam blog. Nampaknya mesyuarat itu dibuat tergesa-gesa dan seakan tertekan dengan pendedahan itu. Apakah sudah ada orang yang menyala terhadap Penawar itu?

Hairan mengapa Penawar perlu membuat penjelasan sesegera itu. Walhal mereka adalah terdiri dari orang cerdik dan pakar strategik serta berpengalaman tidak seharusnya mengambil tindakan sedrastik itu. Khabarnya mesyuarat itu juga untuk menyiasat bagaimana maklumat berkenaan bocor.

Persoalan kini timbul apabila Penawar terpaksa mengadakan mesyuarat khas untuk menyiasat siapa yang membocor maklumat dinafikan itu, ia secara tidak langsung menunjukkan bahawa mesyuarat Penawar pada 29 Julai lalu kemungkinan ada membincang perihal itu. Kalau Penawar tidak ada nawaitu membincangkan itu untuk apa siasatan atau mempedulikan catatan yang saya buat secara iseng-isengan itu. Seharusnya bayangan itu dialpakan begitu saja.

Apakah Najib percaya dengan penafian dibuat oleh Abdul Aziz Shamsuddin hari ini? Tentu Najib cukup kenal dengan Aziz dan kepada siapakah bekas menteri ini berwala'? Mungkin juga kerana Najib atau pun para penasihatnya mengenal siapa Aziz menyebabkan Penawar lekas-lekas membuat penafian itu bagi mententeramkan keadaan.

Molek juga kalau para spy Najib membuat penyiasatan dan mencari apakah agenda dibincangkan pada mesyuarat Penawar 29 Julai lalu seperti mana kata Aziz. Aziz atau Penawar sendiri seharusnya mengumumkan apakah yang dibicangkan pada 29 Julai lalu.

Apa yang disuluh umum sekarang ini di sebalik isu yang cuba memberi imej buruk kepada Nik Aziz yang dikatakan berjumpa dengan Tengku Razaleigh untuk mengganti tempat Anwar sebagai ketua pembangkang sudah terbalik tempias pedihnya terkena kepada Najib. Yang hendak menjatuhkan Najib secara gelap kini bukan pembangkang tetapi orang dalam sendiri.

Najib selepas ini tidak boleh menaruh kepercayaan dan merasa selesa lagi. Beliau kena sedar dalam diam-diam sudah ada gerakan untuk menjatuhkannya. Apa yang menimpa Abdullah Badawi sebelum ini nampaknya akan berulang ke atas Najib pula. Ini tidak menghairankan kerana politik haiwan itu memang menjadi amalan Umno.

Kalau Najib terjelapak orang memain peranan ianya tidak lain dan tidak bukan adalah orang sama yang berperanan dan kuat mengatur strategi untuk menjatuhkan Abdullah tiga tahun lepas. Siapakah orang itu, nanti selepas berbuka atau bersahur nanti kita akan huraikan sejelas-jelasnya

Tiada ulasan: