KUALA TERENGGANU - Usaha Umno dengan kerjasama pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan pihak tertentu dalam Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) telah dilakukan di TM Resort Cherating Pahang.
Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali mendedahkan, PAS telah mengesan perkara tersebut sejak berbulan-bulan yang lalu.
"kita (PAS) dah dapat kesan lama sebenarnya, bukan baru sehari dua ini, dah berbulan-bulan sebenarnya, suatu usaha yang dilakukan oleh pihak KDN, mungkin kerjasama orang tertentu daripada SPR,
"tentang pendaftaran orang-orang asing dan juga rakyat Malaysia untuk menjadi pemilih, dilakukan di satu kem, di Cherating Pahang, iaitu TM Resort,"jelasnya dalam sidang media khas di pejabat PAS Terengganu, 15 Julai.
Menurutnya, pendatang asing diberi kad pengenalan, manakala rakyat tempatan dipindahkan untuk menjadi pengundi khususnya dalam parlimen Pekan, kerusi Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak.
Sehubungan itu, beliau akan memaklumkan perkara tersebut kepada Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, secara rasmi, supaya beliau dapat mengambil perjalanan sewajarnya.
Selaku bekas Ketua Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS yang telah berurusan dengan SPR selama lebih 20 tahun Dato' Mustafa Ali berkata, beliau tidak akan memberitahu Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, kerana menurutnya, tindak tanduk Wan Ahmad banyak 'menguntungkan' Umno.
"Saya sebut nak maklumkan kepada Pengerusi (SPR) bukan Timbalan Pengerusi (kerana) Timbalan Pengerusi (Wan Ahmad) memang jelas antara kerja-kerja dia, banyak menguntungkan Umno termasuk (kes) dalam tahun 2004 dahulu,"tegas Dato' Mustafa.
Beliau berpandangan, orang yang banyak menjejaskan integriti SPR adalah Wan Ahmad Wan Omar, bukan Pengerusi SPR, kerana Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof masih baru dalam jawatannya.
Menurutnya, tindakan Wan Ahmad telah menyebabkan orang ramai 'semacam' hilang kepercayaan kepada SPR.
Sebagai contoh, Dato' Mustafa menukilkan, Wan Ahmad pernah mengambil Puteri Umno bekerja sebagai kakitangan sementara dalam SPR.
"Dato' Wan Ahmad pernah ambil Puteri Umno bekerja sebagai kakitangan sementara di SPR, mula-mula dia nafi, bila orang sedar dan boleh buktikan ini (mereka) adalah Puteri Umno, dia pun berhentikan (serta merta),"katanya.
Walaupun begitu, pimpinan PAS yang mengatakan Pengerusi SPR juga terlibat dalam kemerosotan integriti SPR adalah tidak salah kerana menurutnya, selaku Pengerusi Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof juga mesti mengambil tanggungjawab.
Mengulas lanjut tindak tanduk kerajaan Umno/BN dan SPR berkaitan polisi-polisi dalam senarai pemilih dan pilihanraya, beliau berkata, beberapa perubahan yang berlaku baru-baru ini adalah setelah menerima tekanan daripada BERSIH dan beberapa pihak lain.
Menurutnya, sebelum ini, walaupun setelah berkali-kali bertemu, SPR tetap berkeras mengatakan, nama pengundi yang telah didaftarkan sebagai pemilih tidak boleh dikeluarkan dari senarai.
"Baru ni dia (SPR) buat kenyataan dia akan keluarkan nama-nama nak (untuk) bersihkan (senarai pemilih), boleh pula? sebelum ini tak boleh buang! dulu dia kata, kalau mati mesti ada surat mati yang betul-betul mesti disahkan,
"baru(baru) ini, dia kata kalau setelah (nama pengundi) dikeluarkan, orang (pengundi) merasakan sebenarnya dia aktif (dan) nak daftar semula, boleh didaftarkan semula, ertinya tak perlu ada kad (surat) mati ke apa (pula),
"ini setelah menerima tekanan daripada BERSIH an lain-lain,"jelas Dato' Mustafa
Oleh itu, menurutnya, PAS akan terus memberikan tekanan kepada SPR dan kerajaan Umno/BN sehingga senarai pemilih benar-benar bersih dan pilihanraya akan berjalan dengan telus dan adil.
Turut hadir dalam sidang media tersebut adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut, Setiausaha, Haji Yahaya Ali dan Penolong Setiausaha Zakaria Dagang.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan