Ahad, 7 Ogos 2011

PAS Perak hubungi pengundi luar dengan FB

MALAYSAIA KINI


Menjelang pilihan raya umum akan datang, PAS Perak memperkenalkan laman Facebook khas bagi berkomunikasi dengan pengundi negeri itu yang berada di perantauan.

Ia dilancarkan pesuruhjayanya Abu Bakar Hussien di Markaz Tarbiyyah PAS negeri di Changkat Jering semalam, kata kenyataan PAS Perak.

facebook pengundi luar pas perak 050811 pesuruhjaya abu bakar hussienAbu bakar (kanan, berbaju biru) dalam ucapan ringkasnya berharap usaha itu membantu PAS dan Pakatan Rakyat merampas kembali tampuk kepimpinan negeri daripada BN antaranya melalui penggunaan laman sosial itu secara maksimum.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Perak Haji Asmuni Awi pula berkata, pihaknya mensasarkan 50,000 akan mengikuti Facebook itu sebelum pilihan raya akan datang.

"Bagi semua pengundi yang menyokong PAS/Pakatan terutamanya yang berada di Lembah Klang agar dapat bersama dengan Facebook ini yang menjadikan ianya komunikasi dan saluran berita PAS/Pakatan di negeri Perak," katanya.

Asmuni juga berkata, laman itu akan menjadi pentas mendapatkan maklumat yang akan dijawab sendiri oleh pimpinan PAS negeri.

Beliau juga berharap semua pengundi luar yang berada di seluruh negara agar kembali ketika pilihan raya umum ke-13 nanti.

Tiada ulasan: