Isnin, 8 Ogos 2011

LKS: Dakwaan 'Little China' Chua satu pembohongan

MALAYSIA KINI


Penasihat DAP, Lim Kit Siang hari ini mengecam Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kerana mendakwa DAP berniat untuk mewujudkan 'Little China' di Malaysia.

NONEAhli Parlimen veteran itu menggelar Chua "pembohong yang hanya
mahu memberi bahan penyebaran khabar angin" oleh media arus perdana yang pro-kerajaan.

Lim (kanan) berkata ianya "tidak masuk akal, liar dan tidak bertanggungjawab" bagi Chua, dalam ucapannya di konvensyen MCA Sabah semalam, untuk menuduh DAP berjanji untuk mewujudkan 'Little China" sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan kerajaan pusat.

DAP, katanya, sentiasa komited kepada "Malaysian Malaysia, di mana pelbagai kaum, agama, budaya dan wilayah dapat menemui perpaduan dan keharmonian melalui dasar-dasar pembinaan negara yang adil dan saksama".

Dalam satu kenyataan Lim berkata: "Chua tidak mungkin percaya bahawa dia boleh menipu pengundi Cina di Malaysia untuk mempercayai pembohongannya itu.

"... Dakwaan Chua Soi Lek di Kota Kinabalu semalam ... mesti berkedudukan antara pembohongan yang paling keji dan pengecut dalam politik Malaysia, yang direka untuk membantu ultra Umno untuk menakut-nakutkan pengundi Melayu."

Tiada ulasan: