Harakahdaily
|
KOTA BHARU : Rumah yang dijanjikan kerajaan negeri Kelantan kepada penjaga gol pasukan bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat akan diserah Oktober ini. Rumah banglo di Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa itu kini 80 peratus siap dan akan siap sepenuhnya dalam masa sebulan lagi, kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Abdul Fatah Mahmood. “Perancangan asal rumah ini akan diserahkan dalam tempoh enam bulan iaitu Julai lalu kepada Khairul Fahmi tetapi berlaku kelewatan sehingga ia terpaksa ditangguhkan. “Sebenarnya projek rumah itu di bawah Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan tetapi Kerajaan Negeri yang menanggung kos rumahnya. Tempoh kelulusan daripada syarikat Binaraya kepada PKINK sudah mengambil masa dua bulan, jadi saya terlepas pandang soal itu,” katanya seperti dilapor Sinar Harian hari ini. Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini mengumumkan pemberian hadiah itu sebagai menghargai jasa penjaga gol itu yang membantu Malaysia muncul juara Piala AFF Suzuki 2010 tahun lalu. |
Isnin, 8 Ogos 2011
Khairul Fahmi terima rumah Oktober ini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan