"Sehingga ke tahun ini (2011) kampung saya yang terletak di Kampung Bingolon, Kudat, Sabah masih lagi tidak mempunyai kemudahan asas seperti jalan bertar and bekalan air bersih. Sejak beberapa tahun yang lepas sungai-sungai di kampung saya telah menjadi kering kontang dan penduduk hanya bergantung sepenuhnya pada air hujan. ( HIDUP UMNO! )
Sekiranya hujan tidak turun untuk beberapa bulan penduduk kampung terpaksa pergi ke pekan yang mengambil masa lebih kurang 1 jam pemanduan dengan kereta.
Namun bagaimana bagi mereka yang tidak mempunyai kenderaan untuk kepekan mengambil air? Mereka terpaksa meminta sedekah sedikit air daripada mereka yang mempunyai kenderaan ke pekan ataupun mencari perigi orang lain yang masih berair.
Air perigi juga hampir semuanya kering kontang sehingga menyebabkan perbalahan kerana tuan punya perigi tidak membenarkan orang lain mengambil air dari periginya yang tinggal sedikit demi untuk kegunann keluarganya.
Selain itu, masalah besar kampung ini adalah jalanya yang masih tidak bertar walaupun panjang jalan di kampung ini kurang daripada 10km.
Selain itu jalan kampung saya mempunyai 2 buah gunung yang sangat tinggi dan curam, dan tepi jalannya pula amat berbahaya terutamanya ketika waktu hujan ditambah pula tanpa sebarang penghadang di tepi jalan, sekiranya tayar kereta tergelincir kerana jalan licin sudah tentu terus jatuh kedalam gaung. dan sememangnya perkara ini suda berlaku beberapa kali, sehinggakan saya sendiri pernah terlepas daripada tangan mak saya ketika saya masih bayi dan mak saya yang tengah sarat mengandung terus melayangkan dirinya walaupun sarat mengandung untuk menangkap saya supaya tidak terus jatuh kedalam gaung.
Ini terjadi kerana pick-up yang dipenuhi penumpang tergelincir dan melorot jatuh kebelakang.
Nyawa penduduk kampung saya diatas tanduk setiap hari.
Dimanakah peruntukan kerajaan untuk kampung-kampung kecil? Elektrik di kampung ini juga baru saja disambung 2 tahun yang lepas. Saya amat berharap pihak kerajaan mampu menyediakan peruntukan utntuk kampung kecil ini dan pastikan dilaksanakan.
Kerana sebelum ini terdengar desas-desus bahawa kampung ini telah mempunyai peruntukan untuk air dan jalan namun tidak kelihatan sebarang tindakan senhingga ke hari ini.
28 ulasan:
harap masalah air yang berlaku akan dapat diatasi dan keperluan penduduk akan dapat dipenuhi..
perhatian yang sewajarnya perlu diberikan terhadap pekara ini demi kepentingan penduduk..
memang masih banyak kampung di Sabah ini yang masih belum mendapat pembangunan infrastruktur.di kampung saya sendiri bekalan elektrik baru saja diperolehi, jalan raya belum bertar tapi nasib baik bekalan air bersih untuk kegunaan harian adalah cukup dan tidak perlu dibayar pun.
sebaiknya kerajaan perlu memberikan pembangunan yang seimbang kepada semua penduduk di Sabah ini. wakil rakyat pun kena rajin2 turun padang meninjau permasalahan yang dihadapi rakyat.
masalah air yang dihadapi penduduk amat teruk, mereka harus dibantu dan berilah bekalan air pada mereka.
Pembangunan di bandar dan luar bandar sepatutnya diseimbangkan. Masih banyak kekurangan kemudahan infrastruktur di kawasan pedalaman. Perkara ini harus diberi lebih perhatian.
Banyak penyakit boleh terjadi melalui penggunaan air yang tidak bersih. Bekalan air bersih kepada penduduk tempatan amat penting kerana air digunakan dalam rutin harian kita. Diharap lebih banyak peruntukan dapat disalurkan kepada negeri Sabah.
Masih terdapat banyak lagi benda yang harus dilakukan untuk menyelesaikan masalah ini.
Wakil rakyat harus bekerja keras untuk mendapatkan peruntukan untuk mendapatkan bekalan air bersih.
Mana wakil rakyat dikawasan tersebut? Kenapa suara rakyat tidak diambil kisah?? Rakyat inginkan perubahan.
Kekurang terhadap kampung ini masih nampak. Air dan jalan raya yang belum ada akan merumitkan aktivit harian mereka.Harap perhatian diberikan atas kekurangan yang masih berlaku ini.
Dulu, kini dan entah sampai bila isu ini masih juga wujud :(
Kerajaan harus membantu rakyat seadanya. Kurangkan shoping complex dan tumpukan pada kemudahan asas rakyat.
Saya yakin kerajaan juga sedang berusaha utk memenehui kehendak dan keperluan rakyat. Tapi kalau boleh percepatkanlah usaha itu sebelum rakyat putus asa menunggu.
Penantian itu satu penyeksaan dan saya percaya tidak ramai yang mampu menunggu lama. Sebab itulah keluha ini timbul.
Apapun sesuai dengan konsep 1Malaysia, tolonglah dahulukan rakyat:)
Kenalah menyelesaikan masalah ini dengan segera, nanti masalah ini menjadi lebih teruk.
masih ada kawasan yang tidak mendapat bantuan/perhatian dari pihak kerajaan..
di mana wakil rakyat di kawasan tersebut? jelas wakil rakyat tersebut tidak pernah turun padang di kawasan tersebut..
bekalan air bersih yang merupakan keperluan asas harus disalurkan secepat mungkin..menteri berkenaan sila bertindak segera..
diharap penyelesaian segera akan dapat dilaksanakan.
Terdapat tempat lagi yang juga mengalami masalah ini...harap masalah ini dapat diselesaikan denagn cepat.
Where is the people representative??? THey ought to be helping to solve this problem.
Help should be given right away to them Don't let them suffer.
All district in Sabah should be given equal development. It must be on par.
Harap kerajaan akan memberi perhatian kepada keperluan rakyat terutamanya mereka yang tinggal di kawasan pedalaman.
Tolong pastikan bahawa semua kemudahan asas disediakan.
memang terlalu kritikal keadaan kampung ini. ahli2 politik yang sibuk berjalan2 di pekan atau bandar untuk mencari bahan politik patut turun ke kampung ini bagi menyelesaikan masalah mereka.
Catat Ulasan