KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat telah membuat laporan polis berkenaan dengan isu penggunaan Canister dari pihak FRU dikatakan juga digunakan Israel bagi menyerang penduduk Palestin.
Naib Presiden PKR, N.Surendran berkata, ianya bukan sahaja satu tindakan yang memecah hak demokrasi dan hak asasi, malah mempamerkan tahap keselamatan Negara yang tidak terkawal dan menganiaya rakyat yang dahagakan keadilan.
Turut serta bersama adalah Aktivis PKR Latheefa Koya yang juga mempertikaikan sikap polis yang bertindak ganas terhadap peserta BERSIH 2.0 sehingga menyebabkan berlakunya kecederaan.
Laporan polis ini telah dibuat bertempat di Ibu Pejabat Daerah Jalan Dang Wangi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan