Ahad, 14 Ogos 2011

Bukti Umno terlibat manipulasi pilihan raya- Suhaizan

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR: Susulan pendedahan mengenai pengundi klon, Pemuda Pas mendapati beberapa lagi pengundi bertindih yang terdapat dalam daftar pemilih SPR dan dipercayai merupakan ahli Umno.

Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasinya, Suhaizan Kaiat mendedahkan tiga lagi pengundi klon yang mempunyai identiti berganda dalam laman web SPR.

Semakan mendapati identiti ketiga-tiga individu itu mempunyai nama, alamat dan kawasan pilihan raya yang sama tetapi nombor kad pengenalan yang sedikit berbeza.

Semakan dengan laman web Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi menyemak status dokumen pengenalan diri mereka mendapati satu daripada MyKad mereka tidak sah.

Ketiga-tiga kes baru ini berbeza dengan kes-kes sebelum ini yang dilaporkan portal Malaysiakini, yang kemudiannya dibuang oleh SPR dari senarai pemilih.

Mereka tidak mempunyai nombor kad pengenalan lama, dan identiti berganda mereka berkongsi alamat yang sama tetapi ditulis dalam format berbeza.

Menurut Suhaizan, tiga pengundi itu bernama Mohd Bahar Bin Omar, Faten Diana Binti Hassan dan Sharina Binti Mat Arif.

Mohd Bahar merupakan ahli Pemuda Umno Bahagian Kulim Bandar Baharu, Kedah, Faten Diana ialah ahli puteri Umno Tumpat, Kelantan dan Sharina pula adalah ahli puteri Umno Bahagian Padang Besar, Perlis.

Menurut Suhaizan, Pemuda Umno dan Puteri Umno tersebut berkemungkinan mengundi dua kali dengan meyakinkan Ketua Tempat mengundi (KTM) menggunakan kaedah- kaedah berikut:.

1. Menggunakan kad pengenalan palsu atau;
2. Menggunakan lesen kenderaan palsu atau;

3. Menggunakan kad pengenalan asli tetapi tetap dibenarkan menggundi kerana kesalahan kecil atau ;
4. Menggunakan borang 11 untuk membuat akuan diri atau
5. Mengunakan keadah-keadah yang difikirkan sesuai ditempat mengundi.

Suhaizan berkata, ia seolah-olah membuktikan bahawa Umno terlibat dalam manipulasi pilihanraya di negara ini. Justeru, tegasnya, Pemuda Pas Malaysia mendesak Perdana Menteri selaku Presiden Umno membuat penjelasan berkenaan penemuan bukti tersebut.

“Tidak mungkin ini satu kebetulan kerana data-data yang kita miliki terlalu banyak,” ujarnya.

Katanya, tiga bukti yang diberikan itu hanyalah contoh untuk membuktikan bahawa perkara itu benar-benar berlaku.

“Jika Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menuduh isu Mismah ciptaan pembangkang, maka saya ingin bertanya manipulasi pilihan raya ini ciptaan siapa?” soalnya yang juga Ketua Pemuda Pas Johor.

Tiada ulasan: