Sabtu, 23 Julai 2011

Suhakam perlu siasat ‘keganasan’ 9 Julai!

DETIK DAILY


KUALA LUMPUR: Beberapa peserta perhimpunan Bersih 2.0 menggesa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menyiasat dakwaan keganasan polis yang dialami mereka semasa perhimpunan 9 Julai lalu. Diketuai ahli jawatankuasa pemandu Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah, kira-kira 30 peserta menyerahkan memorandum kepada Timbalan Pengerusi Suhakam, Dato’ Dr Khaw Lake Tee di ibu pejabat suruhanjaya itu di Kuala Lumpur 14 Julai lalu.

Turut membuat pengaduan kepada Suhakam ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan anak saudara kepada Allahyarham Baharuddin Ahmad yang meninggal dunia ketika himpunan Bersih 2.0 9 Julai lalu. Anak saudara Allahyarham Baharuddin Ahmad, Azhar Kassim, semasa bercakap kepada Suhakam bertegas menuntut keadilan di atas kematian bapa saudaranya.

Ketika membuat pengaduannya, Azhar berkata, kematian Allahyarham Baharuddin amat mengejutkan beliau dan seluruh keluarganya kerana Allahyarham tidak mengalami masalah kronik.

“Dia (Baharuddin) sihat. Dia tak menghidapi masalah jantung. Dia tak ada penyakit lelah. Dia hanya ada sedikit penyakit darah tinggi tetapi tak kronik. Kematiannya berlaku dengan tiba-tiba. Jadi kematiannya amat memeranjatkan saya dan seluruh keluarganya.

“Allahyarham adalah bekas tentera dan kini menjadi polis simpanan. Beliau bukan orang kaya. Beliau meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak yang masih kecil dan masih bersekolah,” katanya. Sehubungan itu, beliau memohon kepada pihak Suhakam untuk menuntut keadilan dari pihak kerajaan berhubung kematian bapa saudaranya itu.

Selain Azhar, salah seorang daripada mereka mendakwa seorang anggota polis memberi ancaman ketika menangkapnya.

Katanya, kejadian itu berlaku ketika beliau sedang berjalan kaki di hadapan Dataran Pahlawan dengan sepupunya pada jam 4.10 petang selepas perhimpunan itu bersurai.

Beliau kemudiannya ternampak sekumpulan FRU hendak menyerbu ke arah seorang lelaki muda yang tidak melakukan apa-apa, sedang berdiri di atas jalan.

Berikutan itu, beliau meminta mereka jangan memukul lelaki itu kerana dia tidak berbuat apa-apa pun. Sebaliknya, kata beliau, anggota FRU menyerbu ke arahnya. Manakala sepupunya yang meminta polis jangan memukulnya, turut ditangkap.

Beliau mendakwa polis menendang dan menumbuknya semasa ditangkap, dan mencederakan dahinya dan tangan.

Pengadu lain termasuk aktivis Sarawak Hii Tiong Huat, yang ditahan sehari sebelum perhimpunan tersebut, dan anak saudara Baharuddin Ahmad, yang meninggal dunia selepas

Tiada ulasan: