BERNAMA
hubung dakwaan bahawa gas pemedih mata telah dilepaskan di dalam kawasan Hospital Tung Shin di Jalan Pudu, Kuala Lumpur semasa perhimpunan haram 9 Julai lalu akan dimulakan dalam tempoh seminggu lagi."Saya telah mengarahkan ketua setiausaha kementerian untuk menjalankan siasatan, kita akan percepatkan (pelaksanaan siasatan). Ketua setiausaha kementerian telah mengadakan mesyuarat dan menggariskan terma-terma rujukan dan pelaksanaan (siasatan akan dimulakan) dalam seminggu dua ini," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Klinik Kesihatan Buntong di Ipoh hari ini yang disempurnakan oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah.
Liow turut menjelaskan bahawa siasatan jawatankuasa kementerian itu tidak akan bertindih dengan skop siasatan polis yang juga menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat dakwaan berkenaan.
Beliau berkata Kabinet turut mengambil berat tentang perkara berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan