Isnin, 18 Julai 2011

SAMPAI MASANYA UNTUK TUKAR KERAJAAN

Oleh: MEDIA SAPP


NAIB Ketua Pergerakan Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) Pusat, Rudy Sulaiman Mairi sekali lagi mengetuk ‘tempurung kepala’ pemimpin UMNO yang didakwa melaksanankan sesuatu projek pembangunan secara tidak sempurna sehingga mengakibatkan berlaku pembaziran wang pembayar cukai.

Banyak projek yang dilaksanakan kerajaan, kata Rudy, khususnya infrastruktur jalanraya dilakukan secara ala kadar; tetapi anehnya kos projek bukannya sedikit tetapi jutaan ringgit.

Beliau mengambil contoh pembinaan bangunan Pusat GiatMara berhampiran SMK Tenom dengan kos jutaan ringgit menjadi sia-sia kerana telah terbengkalai sejak tahun 2008 lagi.

Rudy berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira lebih 100 hadirin bertempat di Kg Kemabong Lama, pada ahad yang dianjurkan SAPP cawangan Kemabong Lama diketuai, Palipus Ampasu.

Rudy seterusnya berkata, perjuangan SAPP adalah menjurus kepada usaha kepimpinan parti itu untuk mengembalikan maruah dan martabat bangsa kepelbagaian kaum di Sabah; selain menuntut hak-hak asasi dan kuasa autonomi di Sabah dikembalikan seperti yang termaktub di dalam 20 Perkara.

“Kalau kuasa autonomi kita ada dalam kerajaan UMNO-BN di Sabah, tidak semestinya penyampaian geran komunal dilakukan oleh Perdana Menteri kerana kuasa ke atas tanah adalah terletak kepada bidang kuasa Ketua Menteri Sabah,” kata Rudy yang tidak mahu suatu hari nanti rakyat Sabah perlu merujuk apa sahaja perkara, termasuk melibatkan pembangunan Sabah kepada kerajaan Persekutuan.

Tegasnya lagi, rakyat Sabah perlu bertindak dari sekarang demi masa depan anak- anak cucu-cicit rakyat Sabah supaya menukar kerajaan yang korup dan membazir kepada kerajaan baru seperti SAPP; sebuah parti tempatan sekaligus untuk merealisasikan misi dan visi rakyat Sabah demi mengembalikan kuasa autonomi yang telah dihakiskan kerajaan Persekutuan sebelum ini.

Terdahulu, Naib Ketua Pemuda SAPP CLC Tenom, Roger Stimin menegaskan bahawa keputusan kerajaan masa kini dengan pemberian geran komunal kepada penduduk di kawasan Mukim Rundum adalah muktamad dan tidak dapat diubah lagi.

Katanya, kecuali rakyat mengubah kerajaan yang ada sekarang selepas pilihanraya umum kali ke-13 dan menggantikannya kepada kerajaan baru secara demokratik menerusi peti undi.

“Jikalau rakyat tidak berpuas hati dengan sistem yang diamalkan kerajaan sekarang, rakyat berhak menukar kerajaan secara demokrasi kerana rakyat mempunyai kuasa memilih kerajaan yang adil dan saksama menerusi setiap pilihanraya yang diadakan 5 tahun sekali,” kata beliau lagi.

Tegas Roger, Geran Komunal yang kini sedang menghantui pemikiran rakyat di kawasan Mukim Rundum dan perkampungan sekitarnya, sudah pasti akan menghakis hak mutlak pemilikan mereka secara turun-temurun sehingga ke anak cucu-cicit mereka.

Senario ini, kata Roger, berlaku kerana geran tersebut tidak memberi hak untuk diwarisi oleh mana-mana pewaris pada masa akan datang selepas penama dalam geran itu meninggal dunia.

“Dalam konteks ini, siapa yang harus disalahkan selain daripada wakil rakyat yang difahamkan telah mewakili kawasan ini beberapa penggal yang lalu, tetapi dalam jangka masa itu mengapa biarkan isu ini terus berlarutan dan tidak membawa usul tanah adat NCR dibincang ketika sesi persidangan DUN,” tegas Roger.

Roger yang juga merupakan seorang Peguam turut memberitahu bahawa beliau telah menerima banyak pesanan ringkas melalui ‘SMS’ daripada penduduk sekitar Tenom yang tidak berpuas hati dengan langkah kerajaan memberikan Geran Komunal.

Bagimana pun jelas Roger, jika rakyat sudah tiada pilihan selepas semua saluran telah digunakan untuk merayu perkara itu tetapi semuanya gagal, maka rakyat berhak memilih tindakan lain iaitu menukar kerajaan kerana gagal menangani masalah rakyat.

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

We should wait for the next GE to cast our votes.

Tanpa Nama berkata...

Hope that we can achieve a fairer and cleaner electoral system.

mantra berkata...

rakyat yang tentukan kerajaan mereka.

joey berkata...

SAPP ni banyak mengkritik tapi masa YTL jadi KM dulu tidak pula diselesaikan isu-isu yang ada.

NorthSouth berkata...

SAPP tahu komplen dan kritik saja. Musim YTL berkuasa, apa jadi?

NorthSouth berkata...

Kerajaan bertukar ataupun tidak, tunggu saja keputusan PRU 13.

Tanpa Nama berkata...

biarlah kerajaan yang dipilih itu adalah kerajaan yang mampu memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat. buat perubahan dalam PRU-13 nanti.

Unknown berkata...

Tukar kerajaan? Rakyat sendiri yang membuat keputusan dan tidak perlulah menghasut mereka untuk memihak kepada parti yang tidak pasti perjuangan mereka.

Nemia berkata...

There are too many changes now.

Velove berkata...

Kerajaan apa lagi?

Tanpa Nama berkata...

tapi ada banyak juga projek yang berjaya dilaksanakan cuma tidak disiarkan oleh media pembangkang..

unknown berkata...

Change the people inside.

wake berkata...

Please seek more advice.Thank you.

chimchim berkata...

Like Obama says, change!