Ahad, 24 Julai 2011

RTM akan siarkan video polis pada himpunan BERSIH

BERNAMA


Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan video perhimpunan 9 Julai lalu yang dirakamkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim.

NONEBeliau berkata apa-apa video mahupun gambar yang dapat menjawab tomahan yang mendakwa pihak berkuasa berlaku zalim terhadap para peserta perhimpunan BERSIH 2.0 itu, perlu didedahkan kepada orang ramai.

"Sehubungan itu, RTM akan memberikan kerjasama sepenuhnya dalam membantu menyiarkan perkara sebenar kepada masyarakat.

"Dan saya yakin setakat ini (video) yang telah diberikan oleh PDRM, ia sahih dan boleh digunakan sebagai maklumat am dan khusus kepada masyarakat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian komputer riba 1Malaysia kepada 30 pelajar sekolah menengah di kawasan Parlimen Tampin di Dewan Besar Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Sin Min, Gemencheh, dekatTampin, hari ini.

NONETurut hadir Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor yang juga anggota Parlimen Tampin dan pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Tan Sri Khalid Ramli.

Mengenai sama ada video itu kelak akan disiarkan berulang kali atau tidak, Rais berkata semua itu akan bergantung kepada keadaan dan kesesuaian.


Tiada ulasan: