Keningau : Penduduk di kawasan Pekan Bingkor disini merayu pihak berkuasa mengujudkan sebuah pondok polis di kawasan tersebut selain melakukan rondaan yang lebih kerap. Ini berikutan kebimbangan penduduk di sekitar kawasan pekan itu terhadap pelbagai kes yang tidak diingini kerap berlaku.
Wakil penduduk, Jailin Lian berkata , baru-baru ini satu cubaan menculik dua pelajar sekolah rendah di Bingkor ketika pelajar itu pulang berjalan kaki ke rumah.
“Anak kami dipujuk masuk ke dalam kereta oleh seorang yang tidak dikenali, namun mujurlah ada orang dewasa yang melihat kejadian itu dan penculik itu melarikan diri,” kata Jailin,mewakili orang awam yang bimbang dengan kejadian itu dari berlaku lagi.
Katanya, keadaan di Pekan Bingkor juga kini tidak berapa selamat.
“Seorang peniaga sabtu lalu dirompak oleh lelaki bermotorsikal yang kami percaya sudah lama mengintip dan merancang,” kata Jailin.
Bahkan katanya , pada awal pagi rabu ketika seorang peniaga di Pekan Bingkor sedang membersihkan kedainya , tanpa disedarinya beg yang berisi barang berharga telah dilarikan oleh pencuri.
“Kami meminta Polis membuat rondaan yang kerap kerana keadaan di Bingkor masa kini sangat membimbangkan orang awam dan peniaga selain menempatkan Balai Bergerak ,”katanya.
Bahkan kata Jailin beliau juga kerap menerima aduan dari orang ramai tentang kelibat orang yang tidak dikenali cuba mempengaruhi pejalan kaki untuk ‘berkawan’ atau ‘mahu minta ditemani’ dalam keadaan yang mencurigakan.
“Pekan Bingkor bukan lagi seperti yang dulu bebas dari kelakuan jenayah, kini kes kes jenayah makin menjadi jadi berlaku disini,” ujarnya. Sebelum ini pun kata Jailin banyak kejadian kecurian berlaku tetapi peniaga dan penduduk masih bersabar.
“Oleh itu kami merayu kepada pihak keselamatan agar membina sebuah pondok polis disini bagi mengembalikan keamanan dan keselamatan disini,” tambah Jailin.
Beliau turut memberi nasihat kepada ibubapa agar memberi nasihat kepada anak-anak mereka agar tidak mudah mempercayai orang yang tidak dikenali.
“Kejadian cubaan menculik adalah perkara terbaru yang cukup mencabar kepada penduduk di sekitar Bingkor, hinggakan ada ibubapa yang bimbang menghantar anak mereka ke sekolah,” katanya.
Beliau tidak menolak kemungkinan para penculik atau orang orang yang berkecenderungan untuk melakukan jenayah menggangap kawasan luar Bandar tempat yang sesuai untuk melakukan perbuatan terkutuk mereka memandangkan kawasan luar Bandar jauh dari pusat Bandar dan Balai Polis.
“Palis-palis jika mereka ini menculik untuk tujuan penyeludupan manusia atau mencabul, “ujarnya yang juga Pengerusi Panel Kesihatan Klinik Bingkor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan