Harakahdaily |
KUALA LUMPUR: Seorang peserta perhimpunan Bersih 2.0 yang terkena semburan water canon dan gas pemedih mata di KLCC meninggal dunia sekejap tadi. Isteri belaiu, Puan Rosni Melan ketika dihubungi Harakahdaily berkata, ketika kejadian beliau dan suaminya tidak duduk sekali kerana beliau ke Stadium Merdeka manakala suaminya ke KLCC. "Saya diberitahu, apabila polis menembak gas pemedih mata, suami beliau tidak larat untuk lari dan duduk di situ. Apabila orang ajak lari baru mereka sedar suami saya sudah tidak sedarkan diri," cerita Rosni yang juga Ketua Wanita Cabang Setiawangsa itu. Suami beliau kemudiannya di bawa ke HKL dan disahkan meninggal dunia di sana. |
Sabtu, 9 Julai 2011
Mangsa gas pemedih mata meninggal
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan