MALAYSIA KINI
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai depan sebagai tindakan yang hanya merugikan negara.
Bernama memetik beliau berkata perhimpunan itu juga akan memburukkan nama kerajaan, namun menyerahkan kepada pihak berkenaan untuk mengambil tindakan lanjut terhadap mereka yang terlibat.
Merujuk kerajaan Mesir sebagai contoh, Dr Mahathir berkata negara berkenaan berdepan masalah mendapatkan kepercayaan pelabur asing serta pelancong selepas demonstrasi jalanan yang diadakan rakyatnya sebelum itu.
"Sekarang ini mereka perlu mendirikan kerajaan baru, tapi masih ada demonstrasi, orangpun tak datang, pelancongpun tak datang, pelaburpun tak datang," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Persatuan Jurufoto Media Malaysia (MPPA) di Kuala Lumpur semalam.
Dalam pada itu, Dr Mahathir turut menganggap perhimpunan itu sebenarnya tidak perlu, namun ia boleh diadakan di tempat yang lebih sesuai seperti dewan, jika mahu diteruskan.
Bagaimanapun laporan Bernama itu tidak menyebut sama ada Dr Mahathir mengulas hasrat kumpulan pendesak Melayu - PERKASA di mana beliau adalah penaungnya - yang juga akan mengadakan perhimpunan pada hari yang sama.
Selain BERSIH 2.0 dan PERKASA, Pemuda Umno juga akan berhimpun pada 9 Julai ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan