Seramai 138 peserta dari 21 negara hadir bagi menyertai Konvensyen Ahli Parlimen Islam Sedunia (IFIP) kali ke 2.
Tema konvensyen kali ini adalah "Tuntutan Perubahan dan Pemulihan Demokrasi".
Antara peserta yang hadir adalah dari Algeria seramai 40 peserta, Mesir (20), Indonesia (18), Palestin (8), Jordan (6), Sudan (6), Magribi (6), Iraq (7), Bahrain (2), Somalia (2), Kuwait (2), Pakistan (1), Thailand (3), Iran (1), Yemen (2), Tajikistan (1), Republic Chad (1), Ahli Jawatankusa Muntada (6) dan Malaysia (6).
Setibanya peserta di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi mereka disambut mesra oleh sekreteriat program untuk dibawa ke Hotel Meritus.
Pada malam tersebut diadakan majlis makan malam bersama Menteri Besar Kedah YAB Ustaz Azizan Abdul Razak dan Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang untuk meraikan peserta-peserta tersebut.
Di majlis tersebut peserta ditayangkan dengan video pencapaian Kerajaan Negeri Kedah yang terkini.
Keesokannya iaitu sehari sebelum Konvensyen bermula, peserta-peserta dibawa ke melawat ke sekitar Pulau Langkawi antaranya di kawasan Kilim Cast Geoforest Park Langkawi, Gua Kelawar, Fish Farm, Eagle Wacthing, menaiki Cabel Car ke Gunung Machincang.
Selepas solat zohor, peserta di bawa ke MARDI Langkawi untuk menikmati buah-buahan tempatan antaranya buah rambutan, durian, nenas, dan kelapa.
Dalam majlis jamuan tersebut jelas kelihatan kemesraan antara Ustaz Azizan dengan peserta-peserta apabila mereka tidak melepaskan peluang tersebut untuk bergambar bersama beliau.
Pada hari kedua pula, konvensyen dimulakan dengan ucaptama oleh Pengerusi Jawatan Kuasa Persiapan Konvensyen, Ustaz Nasruddin Mat Isa, diikuti dengan ucapan Ustaz Azizan Abdul Razak dan Presiden IFIP, Dr Abdul Majid Munasoroh.
Konvensyen pada hari tersebut membincangkan tajuk Masa Depan Isu Palestin Berdasarkan Perspektif Reformasi Perubahan.
Di sebelah malam pula, diadakan majlis makan malam ditepi pantai dan majlis turut dimeriahkan dengan persembahan nasyid dan syair daripada peserta dan urusetia program.
Manakala pada hari ketiga pula, program diteruskan untuk membincangkan pelbagai tajuk antaranya adalah Menghadapi Bahaya Proses ‘Mengyahudikan’ Al-Quds dan Membantu Ahli-Ahli Parlimen Al-Quds.
Disebelah malam diadakan majlis penutup serta perlantikan ahli jawatankuasa yang baru.
Jawatankuasa baru IFIP 2011 adalah Husain Mohamad Ibrahim dari Mesir dilantik sebagai Presiden, Nasir Assoni’ dari Kuwait dilantik sebagai Timbalan Presiden 1, Abdul Qodir A’maroh dari Moroco sebagai Timbalan Presiden 2 dan Ustaz Nasaruddin Mat Isa dari Malaysia dilantik sebagai Ahli Jawatan Kuasa yang baru.
Para peserta melahirkan rasa gembira dengan layanan serta perkhidmatan yang diberikan dan mereka turut tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama urusetia program.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan