Ahad, 10 Julai 2011

Khairy dibebas lewat malam tadi

THE MALAYSIAN INSIDER



KUALA LUMPUR— Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, sebahagian daripada lebih 1,000 orang yang ditahan ketika perhimpunan di ibu negara semalam, telah dibebaskan lewat malam tadi.

Menurut mesej-mesej Twitter yang dipantau, beliau yang mengetuai perhimpunan Patriot menentang Himpunan Bersih 2.0 ditahan di kawasan Bukit Bintang, dibebaskan dari balai polis Jinjang sekitar pukul 11 malam.

Satu mesej Twitter mengatakan bahawa beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau dibebaskan 11.11 malam.

“Saya baru sahaja dibebaskan dari lokap Jinjang,” kata Khairy (gambar) dalam mesej Twitternya dan disambut rakannya dan pengikutnya.

Sebahagian besar ahli politik, majoritinya dari Pakatan Rakyat, yang ditahan semalam ditempatkan di lokap itu,

Ia termasuklah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Mohamad Sabu.

Tiada ulasan: