Sabtu, 9 Julai 2011

Ketua Bersih Ambiga dibebas


KUALA LUMPUR – Ketua Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan telah dibebaskan oleh polis kira-kira 6.30 petang ini dan beliau menekankan, rakyat Malaysia telah menunjukkan keberanian menghadapi tindakan menakut-nakutkan kerajaan.

Kata beliau, penyertaan luar dugaan adalah petanda “kita tidak mahu dibuli oleh sesiapa.”

“(Ini menunjukkan) tindakan kasar menakut-nakutkan (orang ramai) tidak akan berjaya,” kata beliau.

Ambiga ditahan selepas bertolak dari kawasan KL Sentral untuk menuju ke Stadium Merdeka – lokasi akhir menyempurnakan perhimpunan Bersih 2.0.

Sehubungan itu bekas presiden Majlis Peguam itu berkata Bersih 2.0 kini telah menjadi satu gerakan, yang bukan sahaja mewakili pembaharuan pilihan raya, malah menjadi simbol kehendak publik yang mahukan proses demokratik yang lebih matang.

1 ulasan:

85 Territories berkata...

AYAT "rakyat Malaysia telah menunjukkan keberanian menghadapi tindakan menakut-nakutkan kerajaan." -- SEPATUTNYA DITULIS

"rakyat Malaysia telah menunjukkan keberanian menghadapi tindakan menakut-nakutkan OLEH kerajaan."

ayat asal tu seolah2 Rakyat mahu menakut-nakutkan kerajaan. Tu tentu tidak benar hehehee