Abu Anas Luqman Al-Kelantani |
Hati berdetik.. adakah aku mampu sampai kesana? Atau tergantung tersungkup disua gas dan air Takutkah aku? Kepada siapa aku perlu takut sebenarnya Pencipta atau yang dicipta? Akhirnya hari itu aku lalui Penuh sarat kepedihan terasa pada diri Ingin diluahkan sahaja yang terbuku dihati Kepada kawan-kawan dikongsi Gambar-gambar kepahitan berlegar-legar dengan sendiri Tanpa perlu aku catatkan notanya Ianya mudah difahami bagi yang mengerti, yang memahami Seluruh dunia membuka mata penuh mengerti Bahawa kami mencari keadilan Bukan ingin meruntuh seperti yang diwarkan Tawarnya hati mereka menyambut kami Rakyat marhaen yang merindui keadilan Tidak apalah jika tidak mahu mendengar kami Kami yakin pada Yang Maha Mendengar, Peguasa Arasy Mendengar rintihan hamba-hambaNya yang dikasihi Ucapan terima kasih kami akhiri Pada penguasa yang begitu keras layanannya pada kami Sanggup kami dilayan seperti kambing biri-biri Membelasah kami hingga lupa diri Walhal diri seorang hamba abdi seperti juga kami Pesan kami pejuang keadilan Tunggulah hari dimana anda pula akan dilayan seperti itu Bahkan lebih teruk dari itu Hari dimana penyesalan tiada lagi berguna Itulah hari kemenangan kepada pejuang yang mencari keadilan Abu Anas Luqman Al-Kelantani 11 Julai 2011 |
Isnin, 11 Julai 2011
Harapan Pejuang Keadilan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan