Rabu, 13 Julai 2011

Guan Eng minta IGP benar MP lawat Jayakumar di IJN

THE MALAYSIAN INSIDER



KUALA LUMPUR — Lim Guan Eng meminta Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar membenarkan ahli-ahli Parlimen melawat Dr. Michael Jayakumar yang kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).

Jayakumar bersama lima pemimpin dan anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) kini ditahan di bawah Ordinan Darurat, sejak ditahan dua minggu sebelum perhimpunan Bersih 2.0 yang diadakan Sabtu lalu.

Dalam suratnya kepada Ismail semalam, Setiausaha Agung DAP (gambar) itu berkata, sembilan orang Ahli Parlimen dan seorang Senator telah dilarang melawat Jayakumar, yang merupakan Ahli Parlimen Sungai Siput.

“Oleh yang demikian, saya pohon jasa baik dan keprihatinan Tan Sri (Ismail) untuk memberi kebenaran kepada kami membuat lawatan tersebut sebagai tanda keprihatinan kami kepada beliau yang terlantar di IJN,” katanya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Tiada ulasan: