Selasa, 12 Julai 2011

Bersih: Akui imej terjejas, tapi Pak Lah yakin Putrajaya mampu baiki


KUALA LUMPUR— Tun Abdullah Ahmad Badawi mengakui bahawa imej pentadbiran Najib boleh terjejas ekoran perhimpunan Bersih Sabtu lalu — kedua sejak akhir 2007, tetapi beliau masih yakin kerajaan akan dapat memperbaiki kesan.

Ketika bercakap pada sidang media di sini hari ini, bekas perdana menteri berkata kerajaan sentiasa bersedia melakukan apa sahaja untuk memperbaiki keadaan negara.

Malah beliau juga mengecam penganjur dengan berkata mereka tidak pernah membawa mana-mana satu daripada lapan tuntutan mereka ke Parlimen.

“Mungkin ada kesan (ke atas kerajaan), tetapi kerajaan kita peka... jika ada apa-apa yang perlu dilakukan untuk memperbaiki keadaan, mengapa tidak? Mereka akan melakukan,” kata Abdullah (gambar).

Perhimpunan pertama pada 2007 ketika era Abdullah juga diadakan dengan tujuan sama, menuntut pembaharian pilihan raya yang adil dan bersih.

MENYUSUL LAGI

Tiada ulasan: