KUALA LUMPUR :Tinjauan yang dilakukan Tv Selangor di sekitar Kuala Lumpur hari ini menyaksikan jalan-jalan utama yang lazimnya sesak, kini lengang ekoran sekatan yang dilakukan oleh polis untuk menghalang berlangsungnya himpunan Bersih 2.0.
Seawal jam 7.00 pagi, beberapa jalan utama telah ditutup dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) telah berkumpul di beberapa kawasan yang menjadi laluan para demonstran.
Sebahagian besar polis kini ditempatkan di sekitar pusat membeli belah Sogo, Dataran Merdeka dan Masjid Jamek.
Siaran Langsung :
12:10 pm : Setakat ini 29 orang ditahan di Stadium Negara. Seorang daripadanya perempuan. Difahamkan mereka akan dibawa ke Pusat Latihan Polis Pulapol, Jalan Semarak.
11:50 am : 21 orang setakat ini ditahan di Stadium Negara.
11:40 am : Unit Simpanan Persekutuan (FRU) mula melepaskan tembakan gas pemedih mata bagi menyuraikan orang awam yang berada di sekitar kawasan tersebut. Di serata Kuala Lumpur, lebih 230 orang awam sudah ditahan.
11:25 am : Polis bertindak menghalau orang awam yang berada di Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM).
11.20 am : Di hadapan Masjid Jamek, FRU menggunakan penghadang untuk menutup jalan utama dari Masjid Jamek menghala ke Dataran Merdeka.
Sementara itu, di Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) kelihatan penuh dengan penyokong yang dipercayai peserta Bersih.
Namun keadaan masih tenang tanpa sebarang penangkapan.Polis kelihatan berkawal dipintu keluar dan masuk stesen KTM.
Polis turut memeriksa keretapi yang berhenti di laluan Kuala Lumpur dipercayai cuba mengesan penyokong Bersih.
11.00 am : Lebih kurang 300 anggota polis pelbagai unit berkumpul di hadapan pusat membeli-belah Sogo. Sogo masih dibuka. Walau bagaimanapun, kedai-kedai berhampiran ditutup atas faktor keselamatan.
10.30 am : Masjid Jamek. Trak polis dan FRU berkampung di sini. Sepuluh orang awam, empat daripadanya yang baru turun dari LRT ditahan polis.
10.00 am : Di Sogo, lima orang ditahan polis. Difahamkan polis kini sedang berkawal di sekitar rumah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa individu lain yang nama mereka disenaraihitam dari memasuki Kuala Lumpur hari ini.
9.40 am : IPK Kuala Lumpur mengesahkan 21 orang ditangkap setakat ini. Pengesahan dibuat oleh Penolong Pengarah Pengurusan (Perhubungan Awam) Bukit Aman ACP Ramli Mohamed Yoosuf.
9.38 am : 18 ditahan di kampung Baru kerana dipercayai penyokong Bersih 2.0
8.00 am : Tinjauan Tv Selangor di sekitar jalan Tan Cheng Lock di sekitar Pudu Raya, Petaling Street, Pasar Seni menyaksikan polis berkawal ketat. Sekurang-kurangnya 10 trak polis dan satu balai polis bergerak berkampung di ditu. Sebuah helikopter juga dilihat berlegar-legar di sekitar ibu negara.
12:30 - Kira- kira lima ribu orang kini sedang bergerak meninggalkan stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM).
Mereka dipercayai menuju ke ibunegara. Polis hanya memerhati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan