Sabtu, 16 Julai 2011

Berapa Najib dan bekas PM habiskan wang Petronas?

WARTA UTARA

KUALA LUMPUR : Isu perbelanjaan wang Petronas oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dan bekas-bekas Perdana Menteri telah dibangkitkan di Dewan Negara baru-baru ini.Senator Dr Syed Hussin Ali (KeADILan) dalam ucapan penangguhannya di Dewan Negara membangkitkan persoalan tentang jumlah wang Petronas yang dibelanjakan setiap Perdana Menteri sebelum ini.

Meurut Dr Syed Hussin, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2010 menyatakan, penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi membelanjakan wang Petronas jauh lebih tinggi daripada beliau walaupun hanya menjadi Perdana Menteri kira-kira lima tahun.

"Mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan tahun lalu bahawa jumlah yang dibelanjakan oleh mantan PM selepasnya Tun Abdullah Badawi, dalam masa kira-kira lima tahun memerintah, adalah jauh lebih besar daripada jumlah yang beliau sendiri belanjakan dalam tempoh lebih 22 tahun beliau berkuasa," katanya.

Dalam soalannya, Syed Hussin bertanyakan jumlah sebenar wang Petronas yang sudah dibelanjakan setiap PM sejak Tun Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Badawi dan PM terkini, Najib Razak.

Sejak penubuhan Petronas pada 1974 sehingga kewangan berakhir pada 31 Mac 2007, badan itu mencatat keuntungan sebanyak RM560 bilion, ujarnya.

Daripada jumlah itu katanya, Petronas membayar kerajaan Malaysia sebanyak RM357.8 bilion (atau 62.8 peratus) dalam bentuk cukai, royalti, duti eksport dan dividen.

Sementara, sebanyak RM170.8 bilion (atau 30 peratus) digunakan untuk pelaburan semula dan RM41.4 bilion (atau 7.2 peratus) merupakan peruntukan bagi pemegang saham minoriti.

Baru-baru ini, Petronas mengumumkan keutungan hampir RM100 bilion tahun lalu dan menyerahkan kira-kira RM30 bilion kepada Kerajaan.

Dalam masa yang sama, Syed Husin turut bertanya golongan manakah yang mendapat kuntungan besar daripada keuntungan Petronas.

Mengikut Penyata Tahunan 2010, Petronas menanggung subsidi bekalan gas sebanyak RM18.9 bilion.

Sejak harga ditentukan yang berkuatkuasa pada Mei 1997, Petronas menanggung subsidi sebanyak RM116.4 bilion untuk subsidi gas, kata Syed Husin.

"Sila terangkan siapa dan dari golongan manakah yang mendapat faedah daripada subsidi ini," soal Syed Husin.

Tiada ulasan: