SERAMAI 47 orang pengemis, penjual rokok haram dan orang kurang siuman ditahan dalam operasi bersepadu di sekitar bandar Tawau semalam.
Operasi dua jam sekitar bandar yang diketuai oleh Ahmad Razalie, pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat itu turut membabitkan petugas dari Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, Jabatan Pendaftaran Negara, Kastam, Jabatan Kesihatan, Imigresen dan polis.
Ahmad Razalie berkata operasi itu bertujuan membersihkan bandar Tawau daripada pengemis, orang kurang siuman, kutu rayau serta penjual rokok haram dan antara yang ditahan termasuk kanak-kanak berumur enam tahun.
"Jabatan Kebajikan banyak menerima aduan daripada orang ramai berkaitan gangguan orang kurang siuman dan golongan pengemis kanak-kanak di sekitar bandar," katanya kepada pemberita selepas operasi berkenaan.
Katanya semua yang ditahan berumur antara enam dan 45 tahun.
8 ulasan:
That's good, keep up the efforts.
kutu2 jalan ni mmg patut dibanteras, rosakkn pemandangan sahaja.
operasi seperti ini patut diteruskan dan dilaksanakan juga dibandar-bandar lain.
di bandar2 lain ni pun ramai juga kutu2 jalan. harap usaha dilakukan secara menyeluruh untuk membanteras mereka.
Pihak berkuasa harus bersikap lebih tegas dan serius dalam menangani masalah kuturaya ini. Selain merosakkan pemandangan, ia juga menjejaskan imej Sabah.
Kuturaya ini kebanyakannya PATI. Jika dibiarkan, nanti melarat. Bertambah susah hendak menanganinya. Rakyat tempatan jangan beli rokok dari penjual haram.
Siasat mereka ini sebaiknya. Harap mereka ini tidak lagi menjadi kutu raya supaya pengunjung rasa aman dan tenang.
Majlis Daerah Lahad Datu juga patut buat tindakan yang sama..
Catat Ulasan