Salmah Mat Husain I Foto Rizal Tahir |
KOTA BHARU: Kelantan sekali lagi akan menganjurkan program Tahun Melawat Kelantan pada 2012 sebagai usaha menarik lebih ramai pelancong. Kali terakir program Tahun Melawat Kelantan (TMK) diadakan pada 2008. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pada Tahun Melawat Kelantan 2008 bilangan pelancong yang datang hampir enam juta. “Tahun hadapan akan adakan lagi Tahun Melawat Kelantan dengan mensasar kedatangan pelancong lebih ramai melalui kerjasama pelbagai pihak,” katanya di sini. Baru-baru ini kerajaan negeri menganjur Karnival Seni Budaya Kelantan bertemakan ’Seni Disanjung, Budaya Dikendong, Syariat Dijunjung’ di Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke-1V. Perasmiannya disempurnakan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob. Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim dan pegawai-pegawai kanan kerajaan. Takiyuddin juga berkata, Kelantan mensasar seramai 5.8 juta pelancong dalam dan luar negara mengunjungi Serambi Mekah tahun ini. Katanya, sehingga April lalu seramai dua juta pelancong mengunjungi Kelantan. Manakala tahun lalu seramai 5.3 juta pelancong tempatan dan asing berkunjung ke negeri ini. Sementara itu, Ahmad berharap penggiat seni dan budaya Kelantan perlu menggerakkan bidang berkenaan selaras dengan dasar Membangun Bersama Islam. “Tiada erti kalau seni dan budaya yang diperjuangkan tetapi di akhirat kelak mendapat balasan dosa,” ujarnya. |
Selasa, 19 Julai 2011
2012 diisytihar Tahun Melawat Kelantan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan