Rabu, 13 Julai 2011

10 pertubuhan Cina desak China Press mohon maaf

KL-SCAH


Pemuda Persatuan Cina mengecam China Press berikutan liputan berita perhimpunan aman BERSIH 2.0, yang disiarkan pada malam 9 Julai dan pagi 10 Julai. Cara liputan bukan sahaja secara seriusnya memutarbelitkan kebenaran, tetapi juga mengelirukan pembaca ketika memahami tuntutan sebenar BERSIH 2.0.

Pada 9 Julai, China Press telah menemuramah beberapa kanak-kanak sekolah yang berumur antara 6 hingga 18 tahun, yang mencungkil kecurigaan sama ada kanak-kanak ini diperalatkan. Mereka ditemuramah seolah-olah dirancang oleh pihak atasan, dan tajuk berita ditulis sebagai "Orang dewasa, jangan bergaduh lagi!". Tuntutan demokrasi rakyat telah dilaporkan seolah-olah "perbalahan antara dua pihak".

Kami percaya bahawa pandangan dan pemikiran kanak-kanak belum lagi matang, maka memetik mereka untuk melaporkan berita "tuntutan rakyat terhadap pilihan raya yang bersih dan adil" dalam bentuk "pertelagahan dua kem" adalah tidak sesuai. Ini bukan sahaja bertentangan dengan etika profesional media, bahkan memperalatkan kanak-kanak untuk mencapai tujuan merangsang bilangan pembaca.

Pada 9 Julai, "China Press Evening News" halaman depan bertajuk "Di manakah keamanan yang dijanjikan? Kekecohan di Kuala Lumpur, ribuan orang ditangkap" dan memaparkan gambar pihak polis menembak gas pemedih dan konfrontasi peserta dengan polis sebagai berita muka hadapan. Malah, semua orang yang menghadiri perhimpunan itu boleh menjadi saksi bahawa perhimpunan adalah aman. Rakyat yang berhimpun tidak memberi masalah, dan juga menunjukkan mereka mempunyai disiplin yang tinggi. Kami percaya bahawa "China Press" melaporkan berita secara provokatif, bukan sahaja mengabaikan kebenaran, tetapi hilang tanggungjawab sosial media mereka.

Kami menyeru bahawa "China Press" memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat atas kesilapan mereka, serta lebih bertanggungjawab, membuat liputan media yang profesional dan mementingkan kebenaran.

*Kenyataan daripada Pemuda Dewan Perhimpunan China Selangor dan Kuala Lumpur (Pemuda KLSCAH), sebagai pelopor.

Organisasi yang menyokong kenyantaan bersama:

1. Bahagian Belia Persatuan Hopo K.L & SEL
2. The Selangor And Kuala Lumpur Teo Chew Association Youth Section
3. Selangor And Kuala Lumpur Hokkien Association Youth Section
4. Bahagian Belia Persatuan Nan Ann Selangor Dan Kuala Lumpur
5. Bahagian Pemuda Persatuan Murid-murid Tua Sekolah Serdang Bharu
6. Bahagian Belia Persatuan Shing An Selangor & KL
7. Bahagian Belia Persatuan Hainan Selangor & Wilayah Persekutuan
8. Bahagian Belia Persatuan Wui Leng Selangor Dan Kuala Lumpur
9. The Selangor & K.L Kwang Tung Association Youth Section

Tiada ulasan: