Rabu, 11 Mei 2011

Harga Minyak Di Pasaran Asia Jatuh AS$101 Setong

TVS NEWS


KUALA LUMPUR : Harga minyak di pasaran Asia jatuh lagi kepada AS$101 setong Selasa disebabkan peniaga menjangka pertambahan inventori minyak mentah mingguan Amerika Syarikat susulan permintaan lemah.

Penanda aras minyak mentah bagi Jun jatuh AS$1.41 kepada AS$101.14 setong lewat petang Isnin dalam tempoh pertengahan dagangan elektronik Kuala Lumpur bagi bursa dagangan New York.

Kadar kontrak mencatatkan peningkatan AS$5.37 atau 5.5 peratus sebelum reda pada AS$102.55.

Pada 5 Mei lalu, kerajaan Umno-BN menaikkan harga minyak RON97 kepada RM2.90 seliter dengan pertambahan sebanyak 20 sen lagi.

Ia merupakan kenaikan kali ketujuh sejak ia diapung mengikut harga pasaran semasa. Kenaikan tersebut juga merupakan yang tertinggi dalam sejarah negara.

Tiada ulasan: