Khamis, 24 Februari 2011

Tiada rombakan Exco Selangor, kata Khalid

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR — Tan Sri Khalid Ibrahim menafikan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) pernah mengadakan pertemuan untuk membincangkan rombakan kerajaan negeri. Menteri Besar Selangor berkata tiada sebarang perbincangan dan perubahan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

“Perkara itu tidak dibincangkan di kalangan parti... kami tidak adakan perbincangan lagi,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Ahad lalu, Khalid mengesahkan bahawa barisan Exco Kerajaan akan dirombak tetapi enggan memberikan butiran bila ia akan diadakan.

Ketika ditemui pemberita hari tersebut, Khalid (gambar) mengakui ada mengadakan pertemuan dengan penyokong-penyokong kerajaan di Dewan Undangan Negeri Selangor bulan, yang antara lain menyentuh perkara tersebut.

Keputusan belum dicapai. Kami hanya boleh melakukannya sebaik sahaja semua selesai, macam (isu pelantikan) setiausaha kerajaan negeri,” kata Khalid.

Menteri Besar Selangor berhadapan dengan tekanan agar menggugurkan pemimpin kontroversial DAP Ronnie Liu daripada jawatannya sebagai Exco Kerajaan Negeri.

The Malaysian Insider difahamkan mereka tidak gembira dengan cara beliau mengendalikan portfolio perumahan dan kerajaan tempatan, termasuk pengumuman dan kenyataan didakwa memperlekehkan dasar-dasar kerajaan negeri.

Khalid sebelum ini menjanjikan akan melihat perkara tersebut tetapi ini kali pertama beliau membayangkan rombakan barisan Exco Kerajaan Negeri.

Liu, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pandamaran berhadapan dengan siri kontroversi sejak tahun lalu termasuk keputusan berkaitan larangan penggunaan logo 1 Malaysia pada permis bisnes dan isu juga pengeluaran surat sokongan politik.

Barisan Exco Kerajaan Negeri tidak mengalami perubahan sejak dibentuk Mac 2008.

Tiada ulasan: